Harian Metro

Denda RM12,000 jual barang kemas ibu angkat

-

Seorang gadis diperintah membayar denda RM12,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam, selepas mengaku bersalah atas tiga tuduhan melupuskan barang kemas milik ibu angkatnya,

April lalu.

Majistret Norina Maludin menjatuhka­n hukuman itu

ke atas Nurul Aqilah Abdullah, 20, yang membuat pengakuan sebaik pertuduhan terhadapny­a dibacakan jurubahasa.

Mengikut pertuduhan pertama hingga ketiga, tertuduh didakwa dengan relanya membantu melupuskan harta curi barang kemas iaitu seutas

Tuaran rantai leher dan dua utas gelang tangan berjumlah RM5,305 milik ibu angkatnya, Zalina Ramli, 40, dengan menjualnya di kedai Tanjung Jewellers Enterprise dalam daerah Melaka Tengah.

Tindakan itu dilakukann­ya jam 9 pagi masing-masing pada 23 Mac, 4 dan 8 April 2017.

Mengikut fakta kes, Zalina mendapati barang kemas miliknya dan ibunya dalam laci rak hiasan serta beg barang kemas hilang sebelum bertanya kepada tertuduh.

Tertuduh mengaku mengambil barang kemas dan menjualnya di kedai emas dan hasil wang jualan digunakan untuk keperluan teman lelakinya.

Gadis itu ditahan bersama teman lelakinya dalam rumah pangsa Seri Kubu, Jalan Kampung Empat, di sini, pada 8 September lalu dan pemilik kedai pajak menyerahka­n sembilan salinan resit jualan atas nama tertuduh.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 414, Kanun Keseksaan memperuntu­kkan hukuman penjara hingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

 ??  ?? NURUL Aqilah mengaku atas tiga tuduhan melupuskan barang kemas milik ibu angkatnya.
NURUL Aqilah mengaku atas tiga tuduhan melupuskan barang kemas milik ibu angkatnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia