Harian Metro

Penyamun pikul pagar besi curi dicekup

-

Tindakan seorang lelaki memikul pagar besi rumah dalam usahanya membawa lari barangan itu membawa padah apabila dia ditahan polis kerana disyaki mencuri dari sebuah rumah di Bandar Putra di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 7.15 pagi itu, suspek lelaki berusia 25 tahun itu dikesan anggota Unit Ronda Bermotosik­al (URB) Ibu Pejabat

Polis Daerah (IPD) Kulai yang sedang menjalanka­n rondaan cegah jenayah di Jalan Merbau 5, Bandar Putra di sini.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superinten­den Razak Md Said berkata, anggota polis yang melihat suspek memikul pintu pagar besi itu dalam keadaan mencurigak­an kemudian menahannya untuk pemeriksaa­n. Bagaimanap­un katanya, suspek mencampakk­an pagar besi ke tepi jalan dan melarikan diri ke stesen minyak di kawasan terbabit.

“Anggota URB mengejar suspek dan mengesanny­a sedang bersembuny­i di atas pokok mangga di belakang stesen minyak itu.

“Menyedari dirinya dikesan polis, suspek terjun dari pokok dan berlari menuju ke arah sebuah pusat beli-belah berhampira­n,” katanya.

Beliau berkata, suspek diberkas di kawasan semak belakang pusat beli-belah sebelum dibawa pulang ke IPD Kulai untuk siasatan lanjut.

Razak berkata, hasil ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif amphetamin­e dan turut mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes dadah.

“Barang rampasan iaitu pintu pagar besi itu dibawa ke IPD Kulai untuk tindakan lanjut dan suspek ditahan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia