Harian Metro

Gadis tahanan POCA dijel gagal lapor diri

-

Seorang wanita tahanan Akta Pencegahan Jenayah (POCA), dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini, semalam, selepas gagal melapor diri di Balai Polis berhampira­n, Jun lalu.

Hukuman itu dijatuhkan terhadap tertuduh, Nur Syahidah Azeera Muhamad Azami, 20, selepas membuat pengakuan bersalah di hadapan Majistret

Norina Maludin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh sebagai orang dalam pengawasan polis mengikut Seksyen 15,

Akta Pencegahan

Jenayah 1959, tinggal di Taman Terendak

Permai, Sungai Udang, gagal melapor diri di Balai Polis Sungai

Udang, di sini, jam

1 petang, 20 Jun 2017.

Justeru, tertuduh didakwa mengikut

Seksyen 15(4), Akta Pencegahan Jenayah yang memperuntu­kkan hukuman penjara hingga lima tahun.

Mengikut fakta kes, Nur Syahidah Azeera yang dikenakan perintah sekatan bermula 18 April 2017 hingga 17 April 2019 bagi kesalahan mengikut Seksyen 457, Kanun Keseksaan kerana pecah rumah, sepatutnya melapor diri dua kali seminggu dan gagal berbuat demikian dalam tempoh 15 Jun hingga 20 Jun 2017.

Malah, tertuduh juga gagal dikesan menerusi alat peranti pemantauan elektronik (EMD) dan melarikan diri ke Kuala Lumpur dan Johor Bahru selama dua bulan.

Timbalan Pendakwa

Raya Mazuin Hashim mengendali­kan kes bagi pihak pendakwaan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia