Harian Metro

Lelaki disangka mencuri ada masalah kesihatan

-

Polis Tuaran menafikan seorang lelaki yang diberkas orang awam di Jalan Topokan, Tamparuli, dekat sini, pagi semalam, terbabit aktiviti mencuri kenderaan.

Sebaliknya, kejadian itu berpunca daripada salah faham kerana lelaki berusia 20-an itu didapati mengalami masalah kesihatan dan masih menjalani rawatan Islam di sebuah madrasah, di Tamparuli, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Tuaran Deputi Superinten­dan Dzulbahari­n Ismail berkata, berdasarka­n maklumat awam, polis memberkas lelaki itu di satu lokasi di daerah ini jam 7 pagi.

“Lelaki disangka mencuri kenderaan itu sebenarnya mengalami masalah kesihatan.

“Kami dapati dia masih menjalani rawatan perubatan Islam di sebuah madrasah.

“Bagaimanap­un, lelaki itu dipercayai melarikan diri dari madrasah berkenaan, sehingga gagal dikesan. Selepas ditahan polis pagi tadi (semalam), dia menyatakan melihat sebuah kenderaan dan cuba membaikiny­a.

“Bagaimanap­un, perkara itu mungkin disebabkan dia berimagina­si dan mengalami halusinasi,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Dzulbahari­n berkata, sehingga kini, pihaknya masih belum menerima sebarang laporan daripada orang awam berhubung lelaki itu.

“Pemeriksaa­n lanjut juga mendapati bahawa lelaki itu tidak berada di bawah pengaruh dadah atau bahan terlarang lain,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia