Harian Metro

MIMPI APAKAH INI?

 Pelancong warga Australia jatuh dari tingkap bilik hotel diturunkan anggota bomba

- Mohd Hilmie Hussin mohdhilmie@hmetro.com.my

Dia terselamat kerana terjatuh ke atas atap dari ketinggian 1.2 meter (4 kaki)” Razali

Pengunjung dan pelancong di sekitar Jalan Bunga Raya, di sini, terkejut melihat seorang lelaki warga asing terbaring atas atap sebuah bangunan kedai dipercayai terjatuh dari bilik hotel, di sini, semalam.

Difahamkan, kejadian itu tidak membabitka­n kemalangan jiwa namun Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) terpaksa dikejarkan ke lokasi kejadian.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu, Razali Che Are berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.19 pagi dan bergegas ke lokasi kejadian sebelum mendapati pelancong warga Australia, Bachmann Justin John, 36, masih berada di atas atap itu.

Menurutnya, lelaki terbabit datang bercuti ke negeri ini bersama rakan senegarany­a dipercayai terjatuh dari tingkap bilik hotel yang didiaminya di tingkat satu.

“Dia terselamat kerana terjatuh ke atas atap dari ketinggian 1.2 meter (4 kaki). Pemeriksaa­n mendapati tiada sebarang kecederaan pada tubuh badannya. Bagaimanap­un lelaki itu dihantar ke hospital untuk pemeriksaa­n lanjut (bahagian dalaman),” katanya.

Menurut Razali, operasi menurunkan mangsa yang dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol itu, mengambil masa 10 minit menggunaka­n tali dan tangga.

Jelas beliau, lelaki terbabit tidak agresif dan memberi kerjasama untuk menurunkan­nya sebelum dihantar ke Hospital Melaka, di sini untuk pemeriksaa­n oleh Unit Anggota

Penyelamat dan Paramedik (EMRS).

Tambahnya, lelaki itu bernasib baik kerana jatuh dari tingkap ke atas atap kerana jika tiada atap di bawah tingkap, lelaki itu mungkin mengalami kecederaan parah atau lebih buruk lagi kerana ketinggian dari tingkap ke lantai jalan kira-kira tiga meter (10 kaki).

 ??  ?? ANGGOTA bomba membawa mangsa turun menggunaka­n tangga. MANGSA terbaring di bahagian atap di sebuah hotel di Jalan Bunga Raya, semalam.
ANGGOTA bomba membawa mangsa turun menggunaka­n tangga. MANGSA terbaring di bahagian atap di sebuah hotel di Jalan Bunga Raya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia