Harian Metro

10 hari tiga tapir mati

- Rosli Ilham am@hmetro.com.my

Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Cheneh Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Mohd Sabari Taib berkata, sepasukan lapan anggota bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan berhubung kejadian.

Katanya, sejurus tiba di tempat kejadian, pihaknya mendapati tapir itu dilanggar kereta dinaiki empat individu.

“Rempuhan itu menyebabka­n kereta terbabit berpusing dan terbalik. Bagaimanap­un, semua mangsa iaitu Mohd Syawal Rashid, 26, Mohd Hanif Ghazali, 25, Mohd Al Hakim Johari, 24, dan Mohd Nazri Mohd Nuri, 22, hanya cedera.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kami dapati semua mangsa berada di luar kenderaan. Anggota bomba mengalihka­n bangkai tapir itu ke tepi lebuh raya bagi mengelak dilanggar kenderaan lain, sekali gus menyebabka­n kemalangan,” katanya.

Mohd Sabari berkata, semua mangsa yang bekerja di Johor Bahru dikatakan dalam perjalanan pulang bercuti ke kampung mereka di Kelantan. Kuala Lumpur: Tabung Alam Sedunia (WWF) Malaysia meminta pihak berkaitan mengambil tindakan segera dan langkah proaktif atas kematian tiga tapir dalam tempoh 10 hari akibat kemalangan dan salah pengendali­an. Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Datuk Dr Dionysius Sharma berkata, pihaknya terkejut dan sedih dengan kematian hidupan liar itu akibat kecuaian manusia.

“Sebagai sebuah organisasi yang berdedikas­i untuk pemulihara­an kepelbagai­an biologi, kami sentiasa komited dan meluangkan banyak masa memberi galakan kepada orang ramai bagi melindungi bumi termasuk hidupan liar.

“Insiden tiga tapir mati dalam tempoh terdekat menunjukka­n betapa haiwan liar ini diancam kepupusan dan memerlukan kerjasama ramai pihak bagi menanganin­ya,” katanya.

Dalam kejadian jam 6.15 pagi semalam, tapir seberat 100 kilogram mati dirempuh Perodua Axia di Kilometer 281 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), dekat Plaza Tol Chukai, Terengganu.

Ahad lalu, penduduk menemui tapir yang mati dipercayai dilanggar kenderaan di tepi jalan di Jalan Jeli-Dabong, dekat Kampung Renyuk, Jeli, Kelantan.

Pada 25 Oktober lalu pula, tapir ditemui mati dalam keadaan kulit dilapah serta dipotong telinga, kaki kanan depan dan belalai di Taman Desa Saujana, Batu 14, Hulu Langat, Selangor.

Empat lelaki nyaris maut kereta terbalik rempuh haiwan liar

 ??  ?? ANGGOTA p en y elamat men gelu ar kan mangsa yang cedera dalam kemalangan, s emalam. BANGKAI tapir yang dilanggar kereta dinaiki empat lelaki.
ANGGOTA p en y elamat men gelu ar kan mangsa yang cedera dalam kemalangan, s emalam. BANGKAI tapir yang dilanggar kereta dinaiki empat lelaki.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia