Harian Metro

Sejam bergelut dengan buaya di ladang sawit

-

Selepas bergelut hampir sejam, seekor buaya yang berkeliara­n di kawasan ladang sawit di Samalaju, di sini, ditangkap sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu, kelmarin.

Ketua Operasi BBP Bintulu Stephen Plen berkata, kehadiran reptilia itu di kawasan berkenaan dimaklumka­n pekerja ladang jam 4 petang.

Menurutnya, sebaik tiba jam 4.20 petang, pasukan bomba menemui buaya sepanjang 4.2 meter berdekatan kolam yang terletak

600 meter dari ladang kelapa sawit berkenaan.

Katanya, buaya berkenaan dalam keadaan agresif dan melibas ekor apabila cuba dihampiri.

“Kami membiarkan buaya berkenaan seketika untuk menenangka­n reptilia itu sebelum operasi menangkapn­ya dilaksanak­an.

“Kami bergelut sejam sebelum menangkap buaya itu dengan memasang tali bagi menjerut kepala buaya berkenaan, kemudian menutup bahagian kepala dengan kain,” katanya.

Stephen berkata, buaya seberat 500 kilogram itu dipercayai mencari lokasi sesuai untuk bertelur di kawasan itu.

“Buaya itu diserahkan kepada Jabatan Hutan Sarawak Bahagian Bintulu untuk tindakan lanjut,” katanya.

Akibat gagal mengelak tapir melintas jalan, empat lelaki nyaris maut apabila Perodua Axia dinaiki mereka terbalik selepas merempuh haiwan liar itu.

Dalam kejadian di Kilometer 281, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), dekat Plaza Tol Chukai, jam 6.15 pagi semalam, tapir seberat 100 kilogram itu keluar dari kawasan hutan berhampira­n.

Difahamkan, akibat kemalangan itu, kereta dinaiki empat lelaki itu berpusing sebelum terbalik.

 ??  ?? ANGGOTA bomba menangkap buaya di ladang sawit di Samalaju, kelmarin.
ANGGOTA bomba menangkap buaya di ladang sawit di Samalaju, kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia