Harian Metro

TAK MAHU INGAT LAGI

- Siti Nadzirah Che Mud am@hmetro.com.my

Kelmarin (2 November) genap lima bulan kemalangan menyayat hati itu namun bagi Muhammad Syuwari Mana Sikana, 14, ia seakan-akan terjadi semalam dan bayangan tragedi masih segar dalam ingatannya.

Pelajar tahfiz Maahad Tahfiz Al-Hashimi, Tualang itu seorang daripada lima pelajar yang parah selepas van dinaiki bersama 11 pelajar lain dan dua guru pengiring terbabit nahas di Kilometer 55 Jalan Kota Bharu-Kuala Krai dekat Kampung Telekong, di sini.

Kejadian itu berlaku jam 9.30 pagi dan turut menyebabka­n dia kehilangan tujuh rakannya serentak.

Muhammad Syuwari menderita patah tangan kanan, cedera di dahi dan sehingga kini masih trauma terutama ketika menaiki van dan melalui kawasan berselekoh.

“Setiap kali menaiki van, saya gusar kerana terbayang kemalangan ngeri itu dan setiap kali itu juga saya menundukka­n wajah apabila van perlu melalui kawasan selekoh.

“Tidak mudah melupakan semuanya walaupun lima bulan berlalu. Bayanganny­a masih ada dan jika boleh, saya tidak mahu langsung imbas detik kejadian.

“Saya masih takut dan berdebar-debar terutama apabila perlu menaiki van. Walaupun fizikal saya sembuh, saya masih perlu masa untuk pulihkan emosi,” katanya di pusat tahfiz itu, baru-baru ini.

Menurutnya, sokongan keluarga, guru dan rakan memberi kekuatan bagi mengatasi trauma berkenaan.

Mangsa terselamat trauma kenang nahas ragut nyawa tujuh rakan

Diakui dia sukar melupakan rakan yang meninggal dunia akibat insiden itu dan mereka sentiasa dikenangny­a dalam doa.

“Apabila belajar atau bermain bersama kawan, saya secara tak langsung terkenangk­an mereka yang pergi akibat kemalangan itu.

“Hati sedih dan terimbas kembali kejadian berkenaan. Apa yang saya mampu buat hanya sedekah doa dan ayat suci al-Quran kepada mereka,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi pelajar terselamat, Mohd Aidil Ismail, 14, berkata, dia mengambil masa lebih seminggu untuk memulihkan semangatny­a.

“Alhamdulil­lah, keluarga, ustaz dan kawan banyak beri sokongan moral dan mengingatk­an kami setiap musibah pasti ada hikmahnya.

“Saya berdoa rakan yang pergi akibat tragedi itu tenang di alam sana,” katanya.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi, 2 Jun lalu di Kilometer 55 Jalan Kota Bharu-Kuala Krai dekat Kampung Telekong, Kuala Krai, tujuh pelajar tahfiz maut apabila van yang membawa 12 pelajar dan dua guru ke program tafsir dan bacaan al-Quran di Kota Bharu, terbabas dan merempuh sebuah rumah.

Mangsa yang maut di lokasi ialah Allahyarha­m Mohd Hafiz Aimullah Mustafa, 18, Muhamad Rahman Rozali, 17, Nik Shah Jehan Nik Azmi, 16, Nik Ahmed Daniel Nik Ahmed Rithaudeen, 14, dan Sarifuddin Muhammad, 14.

Dua lagi iaitu Allahyarha­m Ahmad Farhan Zulkifli, 14, dan Mohd Hakimi Mohd Dahlan, 17, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kuala Krai.

 ??  ?? KEMALANGAN ngeri di Kilometer 55 Jalan Kota Bharu-Kuala Krai dekat Kampung Telekong, Kuala Krai, pada 2 Jun lalu mengakibat­kan tujuh pelajar tahfiz maut.
KEMALANGAN ngeri di Kilometer 55 Jalan Kota Bharu-Kuala Krai dekat Kampung Telekong, Kuala Krai, pada 2 Jun lalu mengakibat­kan tujuh pelajar tahfiz maut.
 ??  ?? PELAJAR Maahad Tahfiz Al-Hashimi menziarahi Muhammad Faiz di Hospital Universiti Sains Malaysia.
PELAJAR Maahad Tahfiz Al-Hashimi menziarahi Muhammad Faiz di Hospital Universiti Sains Malaysia.
 ??  ?? MUHAMMAD Syuwari
MUHAMMAD Syuwari
 ??  ?? MOHD Aidil
MOHD Aidil

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia