Harian Metro

#SAVEMERAPO­H

Solidariti selamat flora fauna tarik perhatian warga dunia

- Noor Ainum Ibnu Hajar Abu Seman am@hmetro.com.my

Sejak dua hari lalu, solidariti bagi menyelamat­kan hutan di Merapoh melalui posting #savemerapo­h memenuhi ruangan laman sosial Facebook (FB).

Kebanyakan pelayar laman sosial itu termasuk Instagram dan Twitter menunjukka­n sokongan mereka dengan bergambar dan meletakkan #savemerapo­h bersama nama dan lokasi masing-masing.

Posting itu untuk membangkit­kan kesedaran orang ramai terhadap isu kemusnahan flora dan fauna yang berlaku di Merapoh.

Ia bukan saja mendapat perhatian dalam kalangan rakyat tempatan, malah mendapat sokongan dari luar negara seperti Indonesia, Singapura, Perancis dan Serbia.

Menerusi posting #savemerapo­h itu ada yang meluahkan rasa terkilan mereka terhadap kemusnahan flora dan fauna yang berlaku di hutan Merapoh serta kebimbanga­n terhadap masa depan khazanah alam itu.

Tidak kurang juga ada yang tampil berkongsi cadangan bagi menyelamat­kan hutan di Merapoh melalui posting berkenaan.

Pengasas Pertubuhan Save Merapoh Cave Mohd Laili Basir berkata, pihaknya berpuas hati posting #savemerapo­h berjaya membangkit­kan kesedaran melalui laman sosial.

Sehingga kini, posting #savemerapo­h mendapat maklum balas dari negara luar seperti United Kingdom, Amerika Syarikat, Russia dan Jepun.

“Saya bersyukur, ia mendapat sokongan dan maklum balas dalam negara dan antarabang­sa terutama daripada orang yang pernah datang ke Merapoh.

“Malah, orang yang tidak pernah datang dan tidak tahu mengenai Merapoh ini secara tidak langsung tahu sedikit-sebanyak mengenai apa yang berlaku di sini,” katanya.

 ??  ?? ANTARA gambar yang dmuat naik dengan hashtag SaveMerapo­h.
ANTARA gambar yang dmuat naik dengan hashtag SaveMerapo­h.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia