Harian Metro

MISTERI AIR TEMPAYAN NAGA

- Recqueal Raimi hmkk@hmetro.com.my

Penduduk kampung percaya bekas di atas kubur lama mampu rawat penyakit kulit

Dalam kehidupan moden hari ini, majoriti memilih untuk pergi mendapatka­n rawatan di klinik atau hospital, jika mempunyai masalah kulit.

Namun berbeza pula dengan segelintir penduduk di Kampung Lingga, Kiulu, dekat sini, yang masih berpegang teguh kepercayaa­n yang diperturun­kan daripada satu generasi ke satu generasi.

Apabila mempunyai masalah kulit seperti cacar air atau demam campak, mereka pergi ke tapak perkuburan yang mempunyai tempayan dengan corak naga.

Di situ, penduduk dikatakan hanya perlu mencelup sebahagian anggota badan dalam air tempayan berkenaan dan mematuhi pantang larang tertentu untuk sembuh daripada penyakit berkenaan.

Baru-baru ini, penulis dan jurugambar berkesempa­tan ke lokasi tempayan misteri berkenaan yang sehingga hari ini masih menjadi bualan dalam kalangan penduduk tempatan.

Dari laluan utama Jalan Pukak-Mantob, kami perlu berjalan kaki sejauh 2.5 kilometer (km) termasuk meniti jambatan gantung ke tapak perkuburan berdekatan Kampung Lingga, Kiulu.

Sebaik tiba, kami dapati tempayan yang masih dalam keadaan baik di kawasan lapang. Ia terletak hanya 500 meter (m) dari salah satu rumah penduduk.

Berdasarka­n pemerhatia­n, tempayan itu memiliki corak naga yang mengelilin­gi bahagian sisinya. Terdapat batu tanda berdekatan tempayan berkenaan.

Pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Kampung Lingga Lodineh Bubut, 58, berkata, berdasarka­n cerita orang lama, penduduk yang mengalami masalah kulit akan mencelupka­n kedua-dua tangan untuk dicuci di dalam tempayan itu.

Katanya, mereka percaya masalah kulit dihadapi pulih serta-merta.

Bercerita lanjut, beliau berkata, penduduk percaya tempayan berkenaan adalah kubur wanita tempatan yang meninggal dunia selepas keguguran bayi perempuan.

“Sebelum meninggal dunia, wanita berkenaan mendapatka­n khidmat bidan kampung untuk membantuny­a selepas bayinya meninggal dalam kandungan.

“Bagaimanap­un, disebabkan janin bayi itu dikeluarka­n terlalu awal, wanita itu mati serta-merta,” katanya.

Menurutnya, atas rasa cinta dan kasih suami terhadap isteri, lelaki itu dikatakan menguburka­n mayat wanita dan bayi itu dalam kubur yang sama.

Lelaki itu kemudian meletakkan tempayan di atas kubur itu dan separuh daripada tempayan itu ditanam di dalam tanah.

Menurut Lodineh lagi, setiap kali hujan, hanya sebahagian daripada tempayan itu dipenuhi air.

Katanya, jika air daripada tempayan itu digunakan pula, paras airnya juga tidak berkuranga­n.

“Paras air dalam tempayan itu kekal paras sama. Sejak itu, ramai orang yang mengalami masalah kulit pergi ke tempayan itu untuk mengubati penyakit mereka,” katanya.

Katanya, ada beberapa pantang larang yang perlu dipatuhi penduduk jika mahu sembuh daripada penyakit kulit.

“Individu terbabit perlu pergi ke tempayan itu seorang diri. Jangan sesekali menoleh ke belakang atau menegur penduduk lain sepanjang perjalanan pulang ke rumah,” katanya.

Beliau berkata, biarpun ramai yang masih mempercaya­i kisah itu terutama warga emas, semakin ramai penduduk Kampung Lingga meninggalk­an amalan itu selepas mempunyai pegangan agama sejak 1930-an.

“Penduduk kampung ini ada 380 orang pada masa ini. Ramai yang menganut agama Islam dan Kristian,” katanya.

 ??  ?? LODINEH menunjukka­n tempayan lama yang dikatakan misteri dan ajaib yang terletak di pinggir Kampung Lingga di Kiulu dalam daerah Tuaran.
LODINEH menunjukka­n tempayan lama yang dikatakan misteri dan ajaib yang terletak di pinggir Kampung Lingga di Kiulu dalam daerah Tuaran.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia