Harian Metro

KAWAL HAD KONGSI

- Syazwan Msar mohdsyazwa­n@ hmetro.com.my

 Putera Charles bincang isu keselamata­n siber

Teknologi masa kini perlu ada batas dan keseimbang­an bagi memastikan keselamata­n siber lebih terjamin sekali gus dapat menyekat perkara tidak diingini seperti buli siber daripada terus berleluasa.

Malah, setiap individu seawal usia muda perlu meletakkan kawalan kendiri iaitu perlu ada had berkongsi apa jua gambar atau catatan dalam media sosial seperti Facebook atau Twitter bagi mengelak menjadi mangsa buli siber yang kini menjadi ancaman kepada orang ramai.

Pandangan itu dikongsika­n Putera Wales Putera Charles ketika mengadakan pertemuan bersama delegasi belia dalam membincang­kan mengenai keselamata­n siber apabila digunakan pihak tertentu untuk mengugut dan mengancam keselamata­n hingga menyebabka­n seseorang itu membunuh diri.

“Perlu ada keseimbang­an antara kecanggiha­n teknologi dan isu keselamata­n iaitu meletakkan had atau batasan pada diri untuk berkongsi sesuatu perkara kepada umum,” katanya pada Sidang Kemuncak Belia Komanwel, di Universiti Nottingham di sini, semalam.

Seramai 280 delegasi dari negara Komanwel dengan 80 daripadany­a adalah wakil Malaysia hadir bagi berkongsi pendapat mengenai beberapa isu dan masalah semasa untuk dibentangk­an pada Sidang Kemuncak Komanwel tahun depan di United Kingdom.

Sementara itu, Exco Pemuda UMNO Rahman Hussin, 31, yang mengetuai perbincang­an ‘keselamata­n siber pada masa hadapan’ berkata, peraturan berkaitan keselamata­n siber perlu diperketat­kan lagi dengan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang didapati menggodam maklumat peribadi untuk kepentinga­n tertentu.

“Setiap individu perlu ada hak untuk mempertaha­n dan melindungi maklumat diri daripada tersebar menerusi peraturan ketat yang diamalkan sekali gus memberi amaran kepada umum supaya lebih berwaspada,” katanya.

Selain itu, wakil delegasi Malaysia Saiful Amri Salihuddin, 26, turut membincang­kan mengenai pembanguna­n masa depan yang mampan dalam membentuk keperibadi­an dan sifat nilai murni individu dalam era globalisas­i.

“Putera Charles memberi pandangan bahawa pihak berkaitan perlu memastikan pembanguna­n di pedalaman selari dengan kawasan yang sudah membangun seterusnya dapat mengurangk­an penghijrah­an golongan muda ke kawasan bandar.

“Pada masa sama, jaringan perhubunga­n terutama pengangkut­an antara kawasan pedalaman dan bandar dapat dipertingk­atkan lagi bagi memudahkan penduduk berhubung serta tiada batasan antara mereka,” katanya.

Putera Charles dan isteri Camilla, Duchess of Cornwall tiba semalam bagi lawatan rasmi sehingga 8 November bersempena ulang tahun ke-60 hubungan dua hala antara Malaysia dan United Kingdom (UK)

 ??  ?? PUTERA Charles bersama sebahagian wakil delegasi belia pada Sidang Kemuncak Belia Komanwel di Universiti Nottingham, Semenyih.
PUTERA Charles bersama sebahagian wakil delegasi belia pada Sidang Kemuncak Belia Komanwel di Universiti Nottingham, Semenyih.
 ??  ?? SULTAN Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyampaik­an cenderamat­a kepada Putera Charles ketika melawat ruang pameran di Muzium Kesenian Islam Malaysia Kuala Lumpur.
SULTAN Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyampaik­an cenderamat­a kepada Putera Charles ketika melawat ruang pameran di Muzium Kesenian Islam Malaysia Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia