Harian Metro

Syarat ketat sekat peluang miliki rumah

- Mohd Husni Mohd Noor dan Syarifah Dayana Syed Bakri am@hmetro.com.my

Tindakan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) memperketa­tkan syarat kelayakan pembiayaan perumahan untuk kakitangan awam dilihat boleh menyekat peluang mereka untuk memiliki rumah sendiri.

Timbalan Presiden HartaGuam, Salkukhair­i

Abd Sukor berkata, langkah itu seolah-olah tidak selari dengan dasar kerajaan yang mahu menggalakk­an rakyat untuk memiliki rumah sendiri.

Menurutnya, keadaan itu akan menyebabka­n kakitangan awam hanya layak memohon pembiayaan perumahan untuk baki gaji bersih dalam slip gaji mereka.

Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Alibaba Group, Jack Ma bersetuju mempromosi­kan Malaysia secara dalam talian kepada penggunany­a di China menerusi kempen selama seminggu, tahun depan.

Perkara itu dimaklumka­n Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika berucap pada majlis Zon Bebas Perdaganga­n Digital (DFTZ) Goes Live di Litar Antarabang­sa Sepang (SIC), Sepang, semalam.

Najib berkata, menerusi persetujua­n itu, Jack Ma akan mempromosi­kan produk makanan, kebudayaan dan pelanconga­n kepada pengguna di China menerusi platform perniagaan digitalnya, Alibaba.

“Jack Ma bersetuju memilih Malaysia sebagai negara pertama yang akan dipromosi menerusi kempen dikenali sebagai Malaysia Week (Minggu Malaysia) dalam tempoh seminggu tahun depan.

“Beliau (Jack Ma) memaklumka­n menerima banyak permohonan dan permintaan daripada negara lain untuk dipromosik­an, namun memilih Malaysia sebagai negara pertama,” katanya.

Dalam pada itu, Najib berkata, menerusi pelancaran DFTZ, Malaysia akan menjadi sebuah hab serantau iaitu sebahagian daripada platform perdaganga­n dunia elektronik (eWTP) yang menghubung­kan negara dengan hab serantau di benua lain.

 ??  ?? NAJIB bersama Jack Ma selepas majlis pelancaran Zon Bebas Perdaganga­n Digital Goes Live di Litar Antarabang­sa Sepang, semalam.
NAJIB bersama Jack Ma selepas majlis pelancaran Zon Bebas Perdaganga­n Digital Goes Live di Litar Antarabang­sa Sepang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia