Harian Metro

PROMOSI DALAM TALIAN

-

Jack Ma pilih Malaysia sebagai negara pertama diperkenal menerusi kempen Minggu Malaysia

Katanya, DFTZ bakal mewujudkan 60,000 peluang pekerjaan dan akan meningkatk­an nilai eksport produk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) kepada RM160.95 bilion menjelang 2025.

“Ekonomi digital kini menyumbang 18.2 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dan berpotensi untuk meningkat kepada 20 peratus menjelang 2020.

“Pada mulanya seramai 1,500 usahawan PKS disasarkan untuk manfaat daripada DFTZ, namun sehingga kini 1,972 usahawan sudah didaftarka­n dan dijangka lebih banyak lagi selepas ini,” katanya.

Katanya, Malaysia mahu menjadi peneraju perdaganga­n global dan serantau menerusi pengenalan (DFTZ) dan ia akan dilakukan bersama-sama dengan Kumpulan Alibaba dan China.

Sementara itu, Jack Ma dalam ucapannya berkata, beliau secara peribadi kagum dengan kepemimpin­an Najib dalam merealisas­ikan DFTZ dan menjadikan­nya satu kenyataan.

“Perdana Menteri (Najib) dilihat berjaya ‘membuang’ halangan yang wujud dalam memastikan inisiatif DFTZ dapat dilaksanak­an di negara ini.

“Banyak

negara

mula bercakap tentang perkara ini (DFTZ) tetapi Malaysia yang pertama mengorak langkah ke arah itu,” katanya.

Menerusi DFTZ, Malaysia akan menjadi sebuah hab serantau iaitu sebahagian daripada platform perdaganga­n dunia elektronik (eWTP) yang menghubung­kan negara dengan hab serantau di benua lain.

Terdahulu pada program berasingan, Najib dan Jack Ma berkesempa­tan melakukan gimik majlis pecah tanah fasa dua hab e-penunaian di Terminal 1 Kargo Udara Kuala Lumpur iaitu di tapak lama Terminal Penerbanga­n Tambang Rendah (LCCT).

Pada majlis itu, Najib turut diberi penerangan ringkas mengenai operasi Alibaba Group di terminal kargo berkenaan oleh wakil Alibaba Group termasuk demo kenderaan kawalan berautomat­ik (AGV) dalam mengendali­kan produk.

Sebaik beroperasi kelak, DFTZ dijangka meningkatk­an jumlah kendalian kargo daripada 700,000 tan setahun kepada 1.3 juta tan setahun dalam tempoh 10 tahun.

Inisiatif berkenaan yang dikatakan DFTZ pertama dunia di luar China dilancarka­n Najib bersama Jack Ma pada 22 Mac lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia