Harian Metro

MEMBINA IMPIAN

 DK-MY Properties komited tawar perumahan seimbang mampu milik, mewah

- Nabil Basaruddin nabil.basaruddin@hmetro.com.my

DK-MY Properties Sdn Bhd, syarikat pemaju hartanah tempatan yakin pasaran hartanah di Malaysia, khususnya di Lembah Klang mempunyai potensi pertumbuha­n luar biasa selari dengan meningkatn­ya jumlah populasi di kawasan berkenaan.

Selaku pemaju yang komited menawarkan projek hartanah membabitka­n segmen kediaman, komersial dan pejabat kepada orang ramai, DK-MY Properties yakin dengan komposisi penawaran seimbang bagi rumah mampu milik dan mewah iaitu pada kadar 50:50.

Pengarah Urusan DK-MY Group Danny Koek Tiang Kung berkata, antara projek terbaru dibangunka­n syarikatny­a ialah DK Impian yang ditawarkan dengan 658 unit rumah daripada tiga jenis rumah iaitu dual studio, dua bilik tidur dan tiga bilik tidur.

Beliau berkata, projek terbabit berada dalam kawasan pesat membangun di Damansara Barat dengan Nilai Pembanguna­n Kasar (GDV)RM285 juta dilancarka­n pada Oktober 2017 dan dijangka siap pada 2020.

“Projek terbaru ini menampilka­n kelainan khususnya rumah studio ditawarkan dengan konsep studio dwikunci iaitu lebih privasi dengan mempunyai dua bilik serta bilik air dan dapur masing-masing tanpa perlu berkongsi.

“Kami yakin tawaran rumah seperti ini masih mempunyai sambutan dan mendapat permintaan memandangk­an sejak dilancarka­n baru-baru ini, kami mencapai tempahan 35 peratus dan yakin unit projek habis sepenuhnya hujung 2018,” katanya.

DK Impian adalah projek hartanah mempunyai kelebihan tinggi apabila ia mempunyai jaringan perhubunga­n bersepadu kerana berada berhampira­n Stesen KTM Subang Skypark, MRT Kwasa Land, LRT Ara Damansara, Perhentian Rapid KL

Taman Puteri Subang dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (SAAS).

Selain itu, penghuni DK Impian tidak perlu bimbang kerana mereka berpeluang menikmati gaya hidup serba urban dan memenuhi kehendak membeli-belah di Pusat Beli-Belah Star Avenue Lifestyle, Sunway Giza, Pasar Raya Hero Subang Jasa, Jaya Grocer Bukit Jelutong, Giant Kota Damansara dan Tesco

Extra Ara Damansara.

Mereka yang tinggal di DK Impian juga dapat menikmati kemudahan dan fasiliti serba moden bagi aktiviti riadah seperti kolam renang utama, jakuzi, taman permainan kanak-kanak, dek yoga dan kawasan aktiviti lasak serta banyak lagi yang mampu memberikan kehidupan yang lebih seimbang.

Danny berkata, bagi projek DK Impian pihaknya menawarkan harga yang kompetitif iaitu bermula dari RM312,800 sekali gus menjadikan­nya sebagai rumah mampu milik yang sentiasa mendapat permintaan pembeli rumah.

“Kami yakin harga ditawarkan ini harga mampu milik dan boleh dianggap masih rendah dengan mengambil kira kelebihan fasiliti dan akses rangkaian perhubunga­n yang terdapat pada dan berhampira­n DK Impian,” katanya.

Ketika ditanya prospek sektor hartanah tempatan, beliau berkata, sebagai pemaju hartanah, pihaknya melihat permintaan bagi segmen rumah masih tinggi tidak kira bagi segmen mampu milik mahupun mewah.

Menurutnya, orang ramai masih meninjau dan ingin memiliki rumah sendiri sebagai kediaman dan ia masa sesuai menawarkan lebih banyak projek baru pada masa depan dan memenuhi permintaan pasaran semasa.

“Meskipun situasi pasaran ketika ini sedikit perlahan, kami percaya ia mampu untuk kembali pulih dengan pelbagai projek infrastruk­tur yang sedang giat dijalankan oleh kerajaan ketika ini.

“Perkara ini juga memperkuku­h perniagaan dan memulihkan kembali sentimen dalam keseluruha­n industri hartanah dengan demografik menjadi pemacu utama permintaan rumah,” katanya.

Optimis dengan pasaran hartanah, Danny berkata, pada hujung tahun ini, pihaknya menyasarka­n jualan sebanyak RM450 juta dan setakat ini berjaya meraih jualan RM300 juta

yang disumbangk­an projek D’Latour dan DK Impian.

“Melangkah ke depan, bagi 2018, kami menjangkak­an sasaran jualan mampu meningkat kepada RM700 juta dengan pelancaran projek baru seperti D’immersione di Sri Hartamas, Menara The Suites di Jalan Ampang dan D9 Business Park di Bandar Sri Damansara.

“Kami juga merancang untuk menambah bank tanah di Lembah Klang khususnya di kawasan Petaling Jaya yang berupaya menampung sekitar tiga atau empat projek hartanah. Ketika ini, bank tanah sedia ada masih mampu untuk dibangunka­n dalam tempoh enam hingga tujuh tahun lagi,” katanya.

 ??  ?? HARGA kompetitif ditawarkan untuk pembeli rumah.
GAYA hidup serba urban memenuhi kehendak penghuni DK Impian.
HARGA kompetitif ditawarkan untuk pembeli rumah. GAYA hidup serba urban memenuhi kehendak penghuni DK Impian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia