Harian Metro

AURA PESAN DARI TUHAN

Karya Citra Sdn Bhd dinobatkan Drama Terbaik Anugerah Skrin 2017

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Drama Pesan Dari Tuhan terbitan Rumah Karya Citra Sdn Bhd dinobatkan sebagai Drama Terbaik pada Anugerah Skrin 2017 (ASK 2017) yang berlangsun­g di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, malam tadi.

Kemenangan telefilem arahan Erma Fatima itu sekali gus mengetepik­an empat calon lain iaitu Kapcai Ayah, Mak Tak Bagi Balik, Menantu Material dan Terima Kasih Ramadan.

ASK 2017 yang mengangkat tema Mencipta Fenomena turut menyaksika­n Pesan Dari Tuhan membolot tiga anugerah lain iaitu kategori Pengarah Terbaik (Erma Fatima), Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama (Remy Ishak) dan Lakon TV Terbaik (Erma Fatima).

Sementara itu, Filem Terbaik pula dimenangi filem Hanyut dan berjaya menewaskan pemenang kategori Filem Terbaik Festival Filem Malaysia ke-29 (FFM 29) iaitu Adiwiraku.

Filem arahan U-Wei Shaari itu turut menewaskan tiga calon lain iaitu Rock Bro, Interchang­e dan Desolasi.

Menariknya, U-Wei juga dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik Filem menewaskan Mamat Khalid (Rock Bro dan Lebuhraya Ke Neraka), Daen Said (Interchang­e) dan Syafiq Yusof (Desolasi).

Bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik Drama ia dimenangi Hasnul Rahmat menerusi telefilem Kapcai Ayah dan Pelakon Wanita Terbaik Drama pula menjadi milik Fasha Sandha dalam telefilem Terima Kasih Ramadan.

Turut mencuri tumpuan adalah kemenangan pelakon veteran Azizah Mahzan menerusi kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama untuk telefilem Terima Kasih Ramadan.

Bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik Filem menjadi milik Khir Rahman menerusi filem Rock Bro. Khir menewaskan tiga calon Too 5 lain iaitu Datuk Adi Putra (Hanyut), Zahiril Adzim (Pekak), Iedil Putra (Interchang­e) serta satu lagi pencalonny­a menerusi filem Lebuhraya Ke Neraka.

Sementara itu, pelakon Sangeetha mengekalka­n kemenangan pada FFM29 apabila dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik Filem menerusi filem Adiwiraku. Sangeetha menewaskan Izara Aishah (J Revolusi), Sharifah Amani (Pekak), Datin Sofea Jane (Hanyut) dan Jericca Lai (Kanang Anak Langkau). Selain Sangeetha, pelakon Diana Danielle turut mengekalka­n kemenangan bagi kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem menerusi filem Hanyut. Diana berjaya mengetepik­an empat calon lain iaitu Dira Abu Zahar (Kimchi Untuk Awak), Fazura (J Revolusi), Nadiya Nisaa (Interchang­e) dan Sharifah Sakinah (Pekak). Kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem menjadi milik Khalid Saleh menerusi filem Hanyut. Khalid menewaskan Shaheizy Sam (Interchang­e), Amerul Affendi (Pekak), Soffi Jikan (Rock Bro) dan Pekin Ibrahim (Rock Bro). U-Wei juga mencipta kejutan menerusi kategori Lakon Layar Terbaik bagi filem Hanyut.

Bagi kategori Pelakon Komedi Terbaik pula menjadi milik Ellie Suriaty menerusi drama Papa Sayang.

Ellie menewaskan pemenang tahun lepas iaitu Erma Fatima menerusi drama Mak Cun 3.Bagi kategori Drama Rantaian Terbaik ia dimenangi oleh drama My Sweet Lavendar terbitan OrangeTree Production Sdn Bhd.Drama ini menewaskan drama popular Andainya Takdir dan 7 Hari Mencintaik­u yang disebut-sebut bakal menang.

 ??  ?? DRAMA arahan Erma Fatima cemerlang pada Anugerah
Skrin 2017, malam tadi.
DRAMA arahan Erma Fatima cemerlang pada Anugerah Skrin 2017, malam tadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia