Harian Metro

MUSANG KING HARUM DI CHINA

Peluang usahawan Malaysia eksport durian melalui tempahan dalam talian

-

Penduduk negara ini mula membanjiri tapak Festival Durian Malaysia 2017 (FDM 2017) di Yang City South Square Nanning, Guangxi, di sini, yang bermula semalam hingga esok untuk merasai sendiri keenakan durian Musang King.

Tinjauan mendapati rata-rata penduduk teruja dan tidak sabar untuk mendapatka­n raja buah itu sejurus gerai pameran berkenaan dibuka untuk orang ramai, petang semalam.

Lebih 50 usahawan dari Malaysia dibawa ke FDM 2017 untuk mempromosi­kan pelbagai jenis produk makanan yang berasaskan durian.

Pengarah Urusan Ezy Classic Products (M) Sdn Bhd Mohamed Daud Abu Bakar berkata, dia rasa bertuah kerana dipilih Kementeria­n Pertanian dan

Kami merancang mewujudkan sebuah laman web bagi membolehka­n rakyat China membuat tempahan Musang King secara dalam talian dan yakin pasaran ini boleh pergi lebih jauh khususnya di negara itu”

Industri Asas Tani (MOA) menyertai festival berkenaan.

“Festival ini amat istimewa bagi saya berbanding ekspo lain kerana membabitka­n banyak perkongsia­n perniagaan antara kerajaan. Di samping itu, kedatangan kami di sini dapat memperluas­kan lagi jaringan perniagaan dengan usahawan lain berkaitan pertanian khususnya durian,” katanya.

Beliau mempromosi­kan aiskrim durian jenis D24 yang popular di Malaysia kepada rakyat China.

“Meskipun kami mempunyai masalah dari segi komunikasi, syarikat kami melantik pengedar produk aiskrim durian khususnya di Wilayah Guangxi dan Beijing. Dengan cara itu, ia lebih mudah bagi memasuki pasaran di negara ini.

“Kalau dapat satu atau dua pengedar di China sudah memadai dan ia satu permulaan baik untuk menjalanka­n perniagaan seterusnya.

Sementara itu, Pengarah Projek Beho Fresh Sdn Bhd Sam Hoo berkata, ini kali pertama dia menjejakka­n kaki ke republik itu dan membawa tiga tan durian Musang King ke festival ini.

“Susulan festival ini, kami merancang mewujudkan sebuah laman web bagi membolehka­n rakyat China membuat tempahan Musang King secara dalam talian dan yakin pasaran ini boleh pergi lebih jauh khususnya di negara itu.

“Saya rasa bangga kerana Musang King Malaysia digemari rakyat China dan berterima kasih kepada kerajaan kerana mempromosi­kan durian kita. Saya tidak sabar menanti festival ini bermula,” katanya

Sam Hoo

 ??  ?? PENDUDUK China mula membanjiri tapak Festival Durian Malaysia 2017 di Yang City South Square Nanning, Guangxi.
PENDUDUK China mula membanjiri tapak Festival Durian Malaysia 2017 di Yang City South Square Nanning, Guangxi.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia