Harian Metro

Masjid Diraja Sultan Suleiman kembali kepada asal

-

Klang: Pembukaan semula Masjid Diraja Sultan Suleiman di sini, yang ditutup berikutan ditambah baik bagi mengembali­kan bentuk asalnya dikagumi pelbagai pihak terutama penduduk di kawasan sekitar.

Sebelum ini, 70 peratus lukisan mural yang diukir di masjid berkenaan ditutup dengan salutan cat putih dan simen namun kini ia kembali seperti asal.

Bekas biro jawatankua­sa masjid berkenaan, Effendi Abdul Muiz, 65, berkata, dia kagum dengan keadaan masjid yang kelihatan seolah-olah kembali seperti binaan asal.

“Saya membesar di Kampung Jawa, dekat sini dan sejak kanak-kanak, saya sering ke masjid ini. Ketika kecil, beginilah keadaan masjid ini.

“Ada lukisan mural yang timbul di sekitar masjid namun ia ditutup selepas itu dengan cat dan simen putih,” katanya ditemui, semalam.

Semalam, Sultan Selangor Sultan Sharafuddi­n Idris Shah berkenan mencemar duli merasmikan pembukaan semula Masjid Diraja Sultan Suleiman.

Baginda turut menunaikan solat Jumaat bersama jemaah di masjid yang berusia 85 tahun itu.

Turut berangkat Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddi­n.

Effendi berkata pembukaan kembali masjid itu dapat mengurangk­an kesesakan di surau berhampira­n yang turut menjalanka­n solat Jumaat bagi menampung keperluan penduduk.

Kamarulzam­an Abdullah, 71, berkata, dia sudah lama menunggu pembukaan masjid berkenaan.

“Alhamdulil­lah, hari ini (semalam) masjid ini dibuka semula malah saya berpeluang menunaikan solat Jumaat bersama Sultan Sharafuddi­n,” katanya.

Masjid berkenaan sebelum ini ditutup pada 10 Mac 2015 bagi tujuan pemulihara­an dan konservasi sebelum siap sepenuhnya pada 17 Oktober lalu membabitka­n kos RM12 juta.

Beberapa penambahba­ikan dilakukan seperti cucian permukaan mural, rawatan pengukuhan mural dan mengecat beberapa bahagian masjid.

Hasilnya, kira-kira 70 peratus lukisan mural yang diukir timbul semula selepas ia tertutup dengan salutan cat putih dan simen sebelum ini.

Masjid berkenaan direka oleh arkitek, Leofric Kesteven sebelum diserahkan kepada Sultan Alaeddin Suleiman Shah pada 1933.

 ??  ?? SULTAN Selangor mencemar duli merasmikan pembukaan semula Masjid Diraja Sultan Suleiman, semalam.
SULTAN Selangor mencemar duli merasmikan pembukaan semula Masjid Diraja Sultan Suleiman, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia