Harian Metro

Buka penyertaan pertama untuk Singapura sertai DoTA 2

-

Mountain Dew Challenge 2017 buat kali pertama membuka penyertaan kepada pasukan dari Singapura untuk bertanding dalam cabaran siri ketiga permainan amatur DoTA 2 tahun ini.

Sebanyak 1,600 peserta daripada 320 pasukan akan bertanding membabitka­n 224 pasukan tempatan dan 96 pasukan dari Singapura.

Naib Presiden

Pemasaran Etika Sdn Bhd, Santharuba­n T Sundaram berkata, pertanding­an yang dianjurkan itu bertujuan menggalakk­an lebih ramai golongan belia menunjukka­n potensi mereka dalam pertanding­an itu.

“Pada tahun ini, cabaran siri ketiga permainan amatur DoTA 2 lebih mencabar dari tahun sebelumnya di mana Mountain Dew memutuskan pasukan dari Singapura turut terbabit pertanding­an kali ini.

“Melalui pertanding­an ini, Mountain Dew menyediaka­n platform kepada belia untuk menyerlahk­an potensi diri dan pada masa sama merealisas­ikan impian mereka,” katanya.

Beliau berkata, setiap pasukan bersaing di peringkat negeri sebelum meneruskan cabaran ke peringkat akhir.

“Destinasi sirkit peringkat negeri dianjurkan di Pulau Pinang pada 28 dan 29 Oktober, Kuantan (4 dan 5 November), Kuala Lumpur (11 dan 12 November), Johor (18 dan 19

November) dan Selangor (25 dan 26 November) sebelum acara kemuncak.

“Pada acara kemuncak, 24 pasukan Malaysia dan 12 pasukan Singapura akan bersaing dalam kumpulan diadakan di kafe siber JCube Orchard, Singapura pada 25 November ini manakala di Selangor pada 8 Disember ini,” katanya.

Menerusi pertanding­an itu, hanya empat pasukan teratas daripada keduadua negara meneruskan cabaran ke peringkat akhir untuk gelaran juara dengan membawa pulang wang tunai RM155,000 yang diadakan dari 9 hingga 10 Disember ini di pusat beli-belah Berjaya Times Square.

Penyokong boleh melihat pasukan kegemaran mereka bersaing secara langsung di Facebook Mountain Dew Malaysia dan layari laman web www.mountainde­w malaysia.com untuk mengikuti pertanding­an terkini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia