Harian Metro

Nenek bagai ibu kandung kami

-

“Nenek (Ramlah Muhammad) tempat saya menumpang kasih sayang kerana saya tiada suami manakala anak semuanya sudah berkahwin dan tidak tinggal bersama,” kata Fatimah Baharom, 68.

Fatimah dan rakannya, Sharipah Jalias, 63, yang menjaga Ramlah sejak Mac lalu berkata, mereka berada di rumah warga emas berusia 83 tahun itu seawal jam 8 pagi bagi menguruska­n kehidupan seharianny­a.

Mereka berdua yang juga ibu tunggal menganggap Ramlah seperti ibu kandung apatah lagi ibu mereka sudah meninggal dunia.

“Saya membantu nenek selepas dia tidak mampu bergerak kerana uzur. Saya membantuny­a mengemas rumah, memasak dan memandikan­nya setiap hari.

“Tambahan pula, nenek tiada ahli keluarga yang tinggal berdekatan,” katanya ditemui pada Jelajah UMNO Bantu Rakyat 2.0, semalam.

Pada program itu, Ramlah menerima sumbangan wang tunai disampaika­n Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Malaysia (BiKUM) Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Sementara itu, Shamsul Anuar berkata, pihaknya memutuskan pemberian bantuan wang tunai selama setahun kepada Ramlah menerusi Puteri UMNO Klang bagi pembelian keperluan dapur dan lain-lain.

“Selain itu, kami juga akan memberi bantuan tambahan untuk membeli kelengkapa­n bilik tidur,” katanya.

Pada majlis sama, empat wanita dari Pulau Indah yang baru bersalin menerima sumbangan tunai dan hamper kelengkapa­n bayi.

Norazfazli­na Razali, 21, berkata, dia tidak sangka terpilih menerima sumbangan berkenaan.

“Terima kasih kepada UMNO yang memberi sumbangan ini dan ia rezeki anak sulung saya,” katanya.

 ??  ?? NORAZFAZLI­NA penerima bantuan dalam program Jelajah UMNO di Pulau Indah, Pelabuhan Klang.
NORAZFAZLI­NA penerima bantuan dalam program Jelajah UMNO di Pulau Indah, Pelabuhan Klang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia