Harian Metro

ASET RM310 JUTA

- Hafiz Ithnin bisnes@mediaprima.com.my

 UEM Sunrise jual plot tanah di Iskandar Puteri

seluas 66.32 hektar kepada Country View

UEM Sunrise Bhd (UEM Sunrise) melaksanak­an penjualan plot tanah miliknya di Iskandar Puteri, Johor seluas 66.32 hektar bernilai RM310 juta kepada Country View Bhd (Country View).

Selepas penjualan plot tanah berkenaan, UEM Sunrise memiliki lebihan 4046.8 hektar bank tanah di Johor bernilai RM94 bilion dan majoritiny­a terletak di kawasan Iskandar Puteri.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif UEM Sunrise, Anwar Syahrin Abdul Ajib berkata, syarikatny­a memiliki sekitar 5260.9 hektar bank tanah di seluruh Malaysia dan 4046.8 hektar di Johor termasuk di dalam jumlah berkenaan.

Beliau berkata, terdapat kemungkina­n juga untuk syarikatny­a melepaskan bank tanah lain kepada pembeli sekiranya perjanjian yang dilaksanak­an mampu memberi kesan yang positif UEM Sunrise dan kawasan setempat.

“Hasil penjualan plot tanah

kepada Country View akan digunapaka­i untuk pembelian bank tanah baru di kawasan Lembah Klang khasnya dan menyuntik pelaburan kepada pembanguna­n infrastruk­tur di dalam projek syarikat yang lain antaranya di Puteri Habour.

“Selain itu, dari segi pembelian tanah di luar Lembah Klang penting dan kawasan luar Johor penting untuk syarikat kerana kami tidak mahu dikenali hanya sebagai pemaju di Johor,” katanya pada majlis perjanjian jual dan beli antara UEM Sunrise dan Country View di sini, semalam.

Penjualan plot tanah berkenaan kepada Country View bersandark­an kepada kemampuan syarikat berkenaan membina lebih 15,000 kediaman dan produk hartanah komersial termasuk lebih 5,000 rumah kos rendah di Johor.

Anwar berkata, penjualan plot tanah itu memberi peluang kepada Country View bersama UEM Sunrise membangunk­an kawasan Iskandar Puteri yang mempunyai potensi untuk menjadi bandar terkemuka di peringkat antarabang­sa.

Katanya, ketika ini Johor berjaya meraih kedudukan bandar paling sesuai untuk didiami di Asia Tenggara dan pembabitan Country View mampu melonjakka­n Johor ke kedudukan pertama dalam rekod berkenaan dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

“Kami berharap Country View dapat membangunk­an projek pembanguna­n bercampur membabitka­n kediaman dan komersial di tanah yang baru dimiliki mereka ini.

“Pembanguna­n berkualiti seperti itu dapat melengkapk­an lagi projek pembanguna­n di sekitarnya seperti di EduCity yang memiliki pelbagai institusi pendidikan seperti Malborough College, Reffles American School dan Universiti Newcastle,” katanya. Hotel Canopy by Hilton dijadual dibuka di Malaysia pada suku keempat 2021 sebagai sebahagian daripada pembanguna­n bercampur Bukit Bintang City Centre (BBCC), di sini.

Ketua Pegawai Eksekutif BBCC Developmen­t Sdn Bhd, Low Thiam Chin berkata, hotel berkenaan adalah jenama baru dan buat julung kalinya diperkenal­kan di Malaysia serta Asia Tenggara.

“Kami menandatan­gani perjanjian jual beli bagi penjualan menara hotel setinggi 28 tingkat kepada Hass Holdings Sdn. Bhd. (Hass Holdings) dengan harga kira-kira RM290 juta.

“Sementara Hass Holdings pula menandatan­gani perjanjian pengurusan hotel bersama dengan Hilton,” katanya dalam sidang akhbar selepas acara menandatan­gani perjanjian itu di sini, semalam.

Hadir sama, Pengerusi BBCC, Datuk Seri Dr Mohd Shafei Abdullah, Pengarah Urusan Kumpulan UDA Holdings Bhd (UDA Holdings), Datuk Ahmad

Abu Bakar dan Naib Presiden Kanan Pembanguna­n Asia dan Australasi­a Hilton Guy Phillips.

 ??  ?? ANWAR (dua dari kiri) bertukar dokumen perjanjian dengan Pengarah Eksekutif Country View, Law Kit Tat pada majlis menandatan­gani perjanjian jual beli tanah bagi pembanguna­n komersial di UEM Sunrise Showcase Mont Kiara, Kuala Lumpur.
ANWAR (dua dari kiri) bertukar dokumen perjanjian dengan Pengarah Eksekutif Country View, Law Kit Tat pada majlis menandatan­gani perjanjian jual beli tanah bagi pembanguna­n komersial di UEM Sunrise Showcase Mont Kiara, Kuala Lumpur.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia