Harian Metro

Sime Darby serah kunci pembeli RMMJ

-

Kuala Lumpur: Sime Darby Property Berhad menyampaik­an kunci kepada pembeli kediaman dan lot kedai mampu milik di bawah skim Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) di Taman Pasir Putih.

Pembanguna­n dilancarka­n pada Oktober 2014 adalah projek RMMJ pertama Sime Darby Property dan siap dibina sepenuhnya pada September lalu.

Ini membabitka­n pembanguna­n dan penyerahan sejumlah 184 kediaman dua tingkat dan 108 lot kedai satu tingkat.

Pengarah Urusan Sime Darby Property Datuk Seri Amrin Awaluddin berkata, Sime Darby Property menyokong usaha kerajaan negeri untuk menyediaka­n kediaman kepada semua golongan.

“Sime Darby Property memenuhi kehendak pasaran sepanjang 45 tahun beroperasi dan kami percaya bahawa produk berkualiti adalah hak setiap pembeli.

“Kami sentiasa berusaha memberikan yang terbaik,” katanya menerusi kenyataan dikeluarka­n, di sini.

Kediaman RMMJ yang dibangunka­n Sime Darby Property di Taman Pasir Putih mematuhi garis panduan dasar perumahan negeri Johor.

Walaupun berada di julat harga mampu milik, Sime Darby Property mengambil langkah lebih jauh dengan menerapkan reka bentuk terkini untuk mencapai penggunaan ruang yang maksima dan penggunaan bahan binaan terbaik, menandakan komitmen dan sokongan syarikat itu ke arah kejayaan program RMMJ secara keseluruha­n.

Taman Pasir Putih adalah perbandara­n berkeluasa­n 273.16 hektar dibangunka­n di atas tanah yang diperoleh Kumpulan Sime Darby Group pada 1984.

Kewujudan koridor ekonomi selatan di Johor merangsang permintaan untuk hartanah dan pada 2012 dengan sokongan kerajaan Johor.

Sime Darby Property memulakan pembanguna­n bagi tujuan industri ringan, komersial dan kediaman mampu milik di bawah RMMJ.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia