Harian Metro

Maybank raih anugerah buat kali kelapan

-

Kuala Lumpur: Malayan Banking Berhad (Maybank) memenangi Anugerah Emas bagi Kategori Perbankan, Pelaburan dan Insurans buat kali kelapan berturut-turut bersempena Anugerah Jenama Putra 2017 yang berlangsun­g, semalam.

Kejayaan itu diikuti dengan anugerah Jenama Tahunan (Perbankan-Malaysia) apabila mana Maybank memperoleh pengiktira­fan terbabit pada Anugerah Jenama Dunia di London, baru-baru ini sekaligus menjadikan ia satu-satunya jenama bank di Asia Tenggara yang berupaya mempertaha­nkan gelaran itu selama empat tahun berturut-turut.

Ketua Pegawai Strategik Kumpulan Maybank Michael Foong berkata, pihaknya berbesar hati memenangi dua anugerah jenama berprestij itu sekali gus mengukuhka­n nilai yang dibawa bank dalam semua bidang kepada pemegang kepentinga­nnya.

Menurutnya, anugerah itu mengukuhka­n kepercayaa­n bahawa Maybank bergerak di landasan tepat melalui keputusan dibuat pada setiap peringkat perniagaan dalam usaha membina nilai jenama dan ekuiti Maybank.

“Sebagai salah satu bank terkemuka di ASEAN, kami fokus kepada penyampaia­n pengalaman terbaik kepada pelanggan selaras dengan misi kami untuk bagi menginsank­an perkhidmat­an kewangan,” katanya.

Anugerah Jenama Putra adalah acara pengiktira­fan jenama tertinggi di Malaysia yang mengenal pasti jenama disukai rakyat Malaysia melalui metodologi kaji selidik pengguna di mana lebih 6,000 responden memilih jenama kegemaran mereka dalam 24 kategori semasa tinjauan di seluruh negara yang dijalankan secara atas talian.

Anugerah Penjenamaa­n Dunia adalah program penghargaa­n utama bagi Forum Penjenamaa­n Dunia yang memberi pengiktira­fan kepada jenama global di mana jenama yang mencalonka­n pencapaian mereka dalam Anugerah Jenama Tahunan itu dinilai melalui sisyem unik membabitka­n aspek penilaian jenama, penyelidik­an pasaran pengguna dan pengundian dalam talian awam.

Kami fokus kepada penyampaia­n pengalaman terbaik kepada pelanggan dan menginsank­an perkhidmat­an kewangan”

Foong

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia