Harian Metro

MERANA SELEPAS ‘POPULAR’

- Agensi

 Kehidupan huru-hara apabila nombor

telefon didedah aktor terkenal

Seorang pemandu beca menyaman aktor popular Bangladesh, Shakib Khan kerana mendedahka­n nombor telefon bimbitnya dalam filem terbaru lelaki itu.

Ijajul Mia yang tinggal di kampung Jatrapasha di Baniachang Upazila berkata, kehidupann­ya terganggu, malah isterinya turut cemburu selepas beratus-ratus peminat wanita Shakib menghubung­inya hampir setiap hari.

Dalam satu babak cinta filem Rajneeti yang mula ditayangka­n di pawagam pada 25 Jun lalu, Shakib menyebut nombor telefonnya kepada watak kekasihnya.

Sejak itu, Ijajul mendakwa dia menerima lebih 100 panggilan telefon sehari daripada peminat wanita yang menyangka dia adalah Shakib.

“Mereka akan berkata, ‘Hello Shakib, saya adalah peminat anda. Boleh beri saya dua minit untuk bercakap dengan anda?’

“Apabila terlalu ramai peminat wanita menghubung­i saya, isteri mula mengesyaki saya mempunyai hubungan sulit,” katanya.

Lebih teruk lagi, seorang peminat wanita berjaya menjejaki alamatnya melalui nombor telefon berkenaan dan datang ke rumahnya.

“Isteri saya sangat berang dan bertindak pulang ke rumah keluargany­a kerana menyangka wanita itu adalah kekasih saya,” jelasnya.

Menurutnya, dia tidak mahu menukar nombor telefon kerana takut kehilangan pelanggan tetap yang menggunaka­n perkhidmat­annya.

Ijajul kini memfailkan saman terhadap Shakib termasuk pengarah dan penerbit filem itu kerana menggunaka­n maklumat peribadiny­a tanpa izin.

Seorang peguamnya, MA Majid berkata, pihaknya meminta pampasan berjumlah

AS$60,000 (RM254,125) dan mahu tayangan filem itu dihentikan sehingga kes berkenaan selesai.

 ??  ?? IJAJUL Mia
IJAJUL Mia
 ??  ?? SHAKIB Khan
SHAKIB Khan
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia