Harian Metro

Trump ‘senyap’ 11 minit RAMPAS DADAH DAISH

- Reuters

Washington: Akaun Twitter Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dinyahakti­fkan seketika oleh seorang kakitangan syarikat rangkaian media sosial Twitter Inc pada hari terakhirny­a bertugas di syarikat terbabit kelmarin, sebelum dipulihkan semula 11 minit kemudian, kata jurucakap syarikat berkenaan.

Trump memiliki 41.7 juta pengikut di Twitter dan menggunaka­nnya sebagai platform menyerang lawan serta mempromosi­kan dasarnya, sepanjang kempen presiden pada 2016 serta sejak memegang jawatan itu, Januari lalu.

“Kami mendapat tahu perkara ini dilakukan seorang kakitangan di bahagian sokongan pelanggan pada hari terakhirny­a.

“Kami menjalanka­n siasatan dalaman yang rapi dan mengambil langkah bagi mengelak perkara seperti ini berulang,” kata Twitter menerusi akaun rasminya.

Sementara itu, Rumah Putih tidak memberikan kenyataan berhubung kejadian.

Dalam status Twitter pertamanya selepas ‘dilenyapka­n,’ Trump menulis: “Pelaksanaa­n Pemotongan Cukai Terbesar hari ini. Pelobi menyerbu Capital Hill, tetapi parti Republikan akan bertahan dan melakukan yang terbaik untuk Amerika!”

Penyahakti­fan sementara akaun Trump kelmarin turut mencetuska­n kritikan terhadap Twitter dan menimbulka­n persoalan bagaimana ia melindungi akaun peribadi Trump, akaun rasmi presiden dan akaun lain yang berpotensi mempengaru­hi dunia.

Ia berlaku apabila syarikat teknologi termasuk Twitter berdepan kritikan hebat daripada ahli Parlimen AS kerana gagal membendung penyebaran propaganda Russia dan maklumat palsu melalui platform mereka. - Reuters

Pihak berkuasa Itali merampas lebih 24 juta pil opiat sintetik dipercayai dirancang digunakan militan Daish untuk membiayai serangan pengganas di seluruh dunia, kata ketua sebuah mahkamah di selatan negara itu, semalam.

Pil berkenaan dirampas polis kewangan dan pegawai kastam di bandar pelabuhan terbesar Itali, Gioia Tauro, susulan siasatan yang turut dibantu Pentadbira­n Penguatkua­saan Dadah Amerika Syarikat (AS).

Rakaman video menunjukka­n seorang anggota polis membuka kontena berisi puluhan kotak Tramadol ubat tahan sakit kuat yang lazimnya cuma boleh diperoleh secara preskripsi.

Menurut satu kenyataan, berdasarka­n jualan purata 2 euro (RM10) bagi setiap tablet, nilai rampasan dianggarka­n bernilai 50 juta

>>Nilai rampasan dianggarka­n bernilai RM246 juta

euro (RM246 juta). Penyiasat asing memberitah­u mahkamah di bandar Reggio Calabria bahawa dadah berkenaan milik Daish.

Ketua Pendakwa Reggio Calabria, Federico Cafiera De Raho berkata: “Jualan dadah itu diuruskan secara langsung oleh Daish untuk membiayai aktiviti pengganas yang dirancang serta dilaksanak­an negara.

“Sebahagian daripada keuntungan haram hasil jualan berkenaan turut digunakan untuk membiayai kumpulan pelampau di Libya, Syria serta Iraq,” katanya.

Rampasan itu dibuat tiga hari selepas pendatang Uzbekistan, Sayfullo Saipov,

di

seluruh

 Pihak berkuasa temui lebih 24 juta opiat sintetik

bernilai RM246j

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia