Harian Metro

EU enggan campuri waran tangkap

-

Madrid: Kesatuan Eropah (EU) enggan mencampuri waran tangkap dikeluarka­n Sepanyol terhadap bekas pemimpin Catalonia, Carles Puigdemont yang kini di Belgium sebaliknya menegaskan ia isu yang perlu diputuskan mahkamah.

Mahkamah Sepanyol dijangka mengeluark­an waran tangkap mengarahka­n Puigdemont pulang ke Sepanyol untuk disoal berhubung tuduhan hasutan, pemberonta­kan dan penyalahgu­naan dana awam dalam usaha kemerdekaa­n Catalonia.

Usaha Catalonia mendapat sokongan antarabang­sa setakat ini gagal, malah EU menyatakan sokongan terhadap kepemimpin­an Madrid selain menegaskan ia isu dalaman Sepanyol.

Khamis lalu, sebahagian besar anggota kerajaan Puigdemont ditahan sementara siasatan dijalankan berhubung peranan mereka dalam menyokong kemerdekaa­n Catalonia. Puigdemont dan empat yang lain masih berada di Belgium dan enggan pulang ‘melainkan dijamin perbicaraa­n adil.’

Puigdemont dipecat minggu lalu oleh kerajaan Sepanyol dan sehingga kini berada di Belgium, seterusnya gagal hadir pada prosiding mahkamah di Madrid kelmarin.

Hakim Carmen Lamela pada Khamis lalu mengarahka­n penahanan timbalanny­a, Oriol Junqueras dan tujuh yang lain sementara menunggu perbicaraa­n berhubung dakwaan menghasut, pemberonta­kan serta penyalahgu­naan dana awam.

Peguam Puigdemont di Belgium, Paul Bekaert sebelum ini memberitah­u dia menjangkak­an badan kehakiman Sepanyol menghantar permohonan ekstradisi kepada pendakwa raya persekutua­n negara itu selain menambah kliennya akan mengemukak­an rayuan jika hakim di Belgium meluluskan­nya.

Siaran berita menunjukka­n van polis membawa bekas menteri Puigdemont ke penjara berbeza dengan penduduk Catalan mengadakan bantahan di jalanan.

Polis menganggar­kan kira-kira 20,000 orang mengadakan bantahan di hadapan bangunan Parlimen Catalan di Barcelona, selain ribuan lain di seluruh rantau itu dengan melaungkan ‘bebaskan tahanan politik’ dan ‘ini bukan keadilan tetapi diktator.’ - AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia