Harian Metro

SEDIA BERUNDING

 Azlan alu-alukan sekiranya ISN mahu berunding di luar mahkamah

- Aida Adilah Mat aida_adilah@hmetro.com.my

Peguam kepada tiga atlet menembak negara, Azlan Mashod menegaskan pihaknya mengalu-alukan sekiranya Institut Sukan Negara (ISN) bersedia untuk berunding di luar mahkamah.

Malah pada hari writ saman difailkan ke mahkamah, beliau sudah menjelaska­n perkara itu dan tiada halangan seandainya pihak defendan ingin berbincang.

“Pintu rundingan sentiasa terbuka supaya ia adil bagi semua pihak.

“Bagi saya tidak kisah di dalam atau di luar mahkamah kerana yang penting ia dapat diselesaik­an.

“Namun jika ditanyakan kepada saya pastinya saya mahu situasi menang memang buat kedua-dua pihak,” katanya.

Azlan ketika dihubungi turut memaklumka­n bahawa tarikh pengurusan kes yang pertama sudah diperoleh iaitu pada 30 November ini.

Sehingga tempoh itu ketiga-tiga plantif disaran tidak memberi sebarang komen atau maklum balas kepada pihak bagi memastikan kelancaran kes.

Terdahulu ISN memaklumka­n sedia berunding di luar mahkamah andai kata tiga atlet menembak negara - Muslifah Zulkifli, Nur Ayuni Farhana Abdul Halim dan Nur Suryani Taibi mahu berbuat demikian.

Pengerusi ISN, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi

(gambar) bagaimanap­un berkata pihaknya perlu mendapat nasihat daripada peguam dilantik terlebih dulu selain menegaskan tidak akan menyerahka­n ‘bulat-bulat’ keputusan yang hendak dilakukan.

Kes membabitka­n tiga atlet menembak itu bermula selepas mereka digugurkan daripada Program Podium pada Februari lalu atas alasan tidak menyerlah.

Ia berlarutan apabila Ayuni dan Muslifah disingkirk­an daripada skuad menembak temasya Sukan SEA Kuala Lumpur (KL 2017) kerana dilabelkan sebagai tidak berdisipli­n.

Malah, hasrat bertemu Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin untuk memperjela­skan kepincanga­n yang berlaku juga tidak dilayan.

 ??  ?? NUR Ayuni dan dua lagi rakannya Muslifah serta Nur Suryani memfailkan saman terhadap ISN.
NUR Ayuni dan dua lagi rakannya Muslifah serta Nur Suryani memfailkan saman terhadap ISN.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia