Harian Metro

TUAH JARINGAN MARTIAL

-

 Penyerang Manchester United disenarai Deschamps dalam

skuad Perancis selepas sumbat gol menentang Tottenham

Penyerang Manchester United, Anthony Martial mendapat ganjaran di atas jaringan kemenangan yang terhasil ketika berdepan Tottenham Hotspur, Sabtu lalu apabila disenaraik­an Didier Deschamps ke dalam skuad Perancis.

Ia panggilan

(gambar)

pertama Martial pada tahun ini selepas menjaringk­an enam gol dalam semua pertanding­an biarpun berkongsi peranan sebagai sayap kiri di Old Trafford bersama Marcus Rashford.

“Dia masih efektif. Dia tidak bersama untuk lima atau enam aksi terakhir tetapi sebelum ini dia pernah bersama kami termasuk di Euro,” kata Deschamps mengenai pemain berusia 21 tahun itu.

“Dia melalui detik sukar tetapi kembali menemui prestasi sebenar. Saya lihat dia beraksi baik apabila dimasukkan dari bangku simpanan tetapi tidak semestinya saya akan letakkan dia sebagai pemain simpanan.”

Sepanjang 15 penampilan buat Perancis,

Martial hanya berupaya meledak satu gol.

Penyerang Lyon,

Nabil Fekir turut dipanggil kali ini manakala perancang tengah Steven N’Zonzi dan Benjamin Pavard (pertahanan) dibawa masuk kali pertama.

Bagaimanap­un, Deschamps akan turun mempersiap­kan pasukannya bagi aksi persahabat­an menentang Wales pada 10 November ini dan Jerman empat hari kemudian tanpa beberapa pemain bintang utama.

Penjaga gol Tottenham Hotspur Hugo Lloris, N’Golo Kante (Chelsea), Dimitri Payet (Marseille), Djibril Sidibe dan Thomas Lemar dari Monaco bakal terlepas aksi akibat masalah kecederaan.

Selain itu, Deschamps juga terpaksa melupakan khidmat arkitek tengah Manchester United Paul Pogba, Benjamin Mendy (Manches- ter City) dan penyerang berbakat Barcelona, Ousmane Dembele.

 ??  ?? FEKIR
N’ZONZI
MARTIAL
PAVARD
FEKIR N’ZONZI MARTIAL PAVARD
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia