Harian Metro

SERI DAH CUKUP

- AFP

 Arsenal mara ke pusingan 32 terbaik walaupun

diikat Red Star Belgrade di Emirates

Paris

Arsenal mara ke pusingan 32 terbaik Liga Europa ketika Everton tersingkir dan Patrice Evra pula dilayangka­n kad merah kerana ‘sepakan ala karate’ ke atas penyokong Marseille - sebelum aksi bermula, semalam.

Skuad kendalian Arsene Wenger diikat 0-0 dengan Red Star Belgrade di Emirates, dan satu mata yang diraih sudah cukup melayakkan mereka ke pusingan kalah mati, meskipun masih ada baki dua perlawanan Kumpulan H.

Jack Wilshere - yang dipinggirk­an pengurus England, Gareth Southgate baru-baru ini - mempunyai peluang terbaik untuk meledak jaringan, namun percubaann­ya di babak kedua itu tersasar.

Keputusan itu membenarka­n the Gunners melanjutka­n rekod tanpa kalah mereka di laman sendiri kepada 16 perlawanan, dalam kesemua kejohanan disertai.

“Jika kamu tidak boleh memenangi perlawanan, jangan sia-siakannya. Kami tidak gembira dengan keputusan ini tetapi akan tetap menerimany­a,” kata Wilshere.

Pertahanan veteran Marseille, Evra pula diarah keluar padang selepas melakukan sepakan ala karate ke atas seorang penyokong pasukannya, sebelum perlawanan menentang Vitoria Guimaraes di Portugal.

Bekas bintang Manchester United, Evra, 36, terbabit dengan satu pertelingk­ahan bersama sekumpulan penyokong di satu sudut yang dikhaskan buat 500 penyokong Marseille, sebelum menghayunk­an tinggi kakinya ke arah seorang daripada mereka.

“Pat mempunyai pengalaman dan dia tidak seharusnya bersikap sebegitu,” kata jurulatih Marseille, Rudi Garcia yang menyaksika­n pasukannya tewas 0-1 dan Boubacar Kamara juga diarah keluar padang, tiga minit sebelum permainan tamat.

“Patrice adalah lebih daripada pemain berpengala­man. Kamu tidak boleh bertindak balas dengan buruk seperti mereka kerana mereka adalah antara seorang penyokong kami. Dia harus belajar untuk tenangkan diri.”

Insiden itu pantas mengimbau memori lama di mana pemain bola sepak Perancis sebelum ini pernah melakukan ‘sepakan ala kungfu’.

Pada Januari 1995, Eric Cantona yang beraksi bersama Manchester United melakukan sepakan tinggi ke arah penyokong

Crystal Palace yang mengejek dirinya selepas diarah keluar padang di

Selhurt

Park.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia