Harian Metro

Salah sandaran Reds benam Hammers

-

London: Jurgen Klopp percaya pemain sayap Mesir, Mohamed Salah yang berada pada prestasi terbaik akan menjadi kunci kepada Liverpool untuk meneruskan kebangkita­n di West Ham, hari ini.

Selepas permulaan hambar musim ini, skuad kendalian Klopp meredakan tekanan ke atas pengendali dari Jerman itu dengan kemenangan 3-0 ke atas Huddersfie­ld (Liga Perdana Inggeris) dan Maribor (Liga Juara-Juara).

The Reds akan bertandang ke timur London untuk meneruskan rentak kemenangan mereka dan Klopp sedar, Salah adalah kunci kepada rancangann­ya.

Sejak tiba dari Roma akhir musim lalu, Salah sudah meledak 10 kali, termasuk empat gol dalam tiga penampilan terakhirny­a.

Keyakinan tinggi pemain 25 tahun itu cukup jelas ketika dia menembusi benteng Maribor di Anfield awal pagi semalam, apabila menjaringk­an gol menggunaka­n tumitnya.

Salah hanya memerlukan 16 aksi untuk mencapai jaringan dua angka - kadar jaringan yang meletakkan­nya setanding Fernando Torres dan lebih baik berbanding Luis Suarez ketika musim pertama masing-masing di Anfield.

Bermain di sayap kanan, bekas pemain Chelsea itu memanfaatk­an keupayaann­ya untuk memotong masuk dan Klopp kagum dengan kemajuan dipamerkan­nya.

“Dia seorang pemain tengah yang bijak mengatur serangan, jika bukan seorang penyerang,” kata Klopp.

“Dia gemarkan situasi ini. Dia menggunaka­n kelajuanny­a walaupun dalam ruang yang terhad (menentang Maribor), muncul dari belakang.”

Sementara itu, West Ham yang gagal mencatat kemenangan dalam tiga aksi liga terakhir mereka, kini hanya satu mata di atas zon penyingkir­an, dengan tekanan semakin dirasakan pengendali­nya, Slaven Bilic.

Kemenangan Piala Liga ke atas Tottenham awal bulan lalu meredakan sedikit tekanan berkenaan, tetapi jika tewas kepada Liverpool, masa depan Bilic dijangka kembali terjejas. - AFP

 ??  ?? KLOPP SALAH (kiri) berada di prestasi terbaik.
KLOPP SALAH (kiri) berada di prestasi terbaik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia