Harian Metro

Rebut kejuaraan di pentas berbeza

-

minggu ini membawa emosi berlainan kerana situasi dan keadaan berbeza yang mungkin membawa sedikit kekesalan. Dua perlawanan akhir akan berlangsun­g - di Shah Alam dan Dushanbe. Apa pula kena mengena dengan Shah Alam di Malaysia dan Dushanbe di Tajikistan?

Di Shah Alam akan berlangsun­g perlawanan akhir Piala Malaysia 2017 di antara Kedah dan JDT. Dua gergasi bola sepak Malaysia yang jelas adalah pasukan yang mempamerka­n tahap permainan yang tinggi di pertanding­an domestik.

Pasukan juara bertahan, Kedah sudah membuktika­n kebolehan sebagai “Cup Team” dengan menjuarai Piala FA 2017 dan kini berpeluang mempertaha­nkan kejuaraan Piala Malaysia. Tetapi mereka akan berdepan dengan sebuah pasukan yang ingin menunaikan cita cita rakyat dan penyokong.

Sekian lama JDT mengejar sasaran yang memberi peluang bersaing di peringkat Asia. Dengan kejuaraan Liga Super serta memenangi Piala FA maka pasukan JDT berjaya bersaing di peringkat lebih tinggi. Akan tetapi, prestij serta glamor Piala Malaysia menjadi harapan peminat.

Kali terakhir pasukan JDT beraksi di perlawanan akhir adalah pada 2014 apabila tewas di tangan Pahang. Pasukan Pahang berjaya menewaskan JDT walaupun beraksi dengan sepuluh pemain selepas Saiful Nizam Miswan di perintah keluar padang pada minit ke-70.

Walaupun mendahului dengan jaringan 2-1 tetapi JDT gagal mengambil kesempatan untuk lima puluh minit terakhir dan tewas dalam sepakan penalti. Dan pada hujung minggu ini, Ulisses Morais mempunyai peluang untuk mencipta sejarah dengan memenangi Piala Malaysia sejak 1991.

Di Dushanbe pula, perlawanan akhir Piala AFC 2017 akan berlangsun­g di antara FC Istiklol menentang juara bertahan Al-Quwa Al-Jawiah dari Iraq. Kelab Iraq yang lebih di kenali sebagai Air Force Club mempunyai peluang yang baik pertahanka­n kejuaraan kerana tuan rumah pernah gagal di peringkat yang sama di laman sendiri pada 2015.

Pada 31 Oktober 2015 di Pamir Stadium, Dushanbe, pasukan JDT mencipta sejarah apabila menewaskan pasukan FC Istiklol untuk muncul juara serta mencipta sejarah sebagai pasukan pertama dari Asia Tenggara menguasai kejohanan. Jaringan tunggal Leandro Vasquez menentukan pencapaian yang di cipta Mario Gomez dengan pasukan JDT mencapai satu tahap persembaha­n yang begitu tinggi di Piala AFC 2015.

Tetapi selepas pencapaian itu maka JDT meneruskan penguasaan domestik malah gagal untuk memuncak seperti 2015. Pasukan FC Istiklol menewaskan Ceres Negros di separuh akhir Zon dengan begitu mudah selepas pasukan dari Filipina itu memaksa pasukan JDT hilang tumpuan dalam peringkat sebelum itu.

Seterusnya, pasukan dari Tajikistan itu terus berjaya ke final selepas menepis kekuatan pasukan Bengaluru FC dari India.

Dan pada hari yang sama ini, kita akan merasakan sedikit kekesalan apabila turun padang di Shah Alam merebut Piala Malaysia sementara kenangkan apa yang pernah di capai di Dushanbe. Tetapi di Shah Alam pula kita harus turun dengan keyakinan diri yang tinggi kerana kita sudah pernah menjuarai Piala AFC yang bertahap lebih tinggi berbanding piala domestik.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia