Harian Metro

‘NIKMATI FINAL’ Idris ramal Johor DT menang

- Mohamad Zulfaizan Mansor zulfaizan@bh.com.my Nazri Abu Bakar sukanteam@nstp.com.my

 Subkhiddin mahu pengadil serap tekanan, kurangkan silap

Serap segala tekanan dan nikmati aksi final!. Itu antara pesanan terakhir Pengerusi Jawatankua­sa Pengadil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Subkhiddin Mohd Salleh kepada barisan pengadil

perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kedah dan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Shah Alam, malam ini.

Subkhiddin yang sudah 22 tahun terbabit dalam bidang pengadilan bola sepak berkata, aksi final adalah impian buat semua pengadil dan bukan mudah untuk mendapat peluang seperti itu.

Katanya, segala persiapan rapi sudah dilakukan dengan pelbagai pendedahan diberikan kepada barisan pengadil untuk mengendali­kan perlawanan penting itu. Melaka: Presiden Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) Datuk Seri Idris Haron menjangkak­an final Piala Malaysia sengit dan mendebarka­n antara Kedah dan Johor Darul Ta’zim (Johor DT) di Stadium Shah Alam, malam ini. Menurutnya,

“Perjumpaan hari ini (dengan pengadil) Cuma sebagai persiapan terakhir mengenai apa yang pengadil boleh lakukan selepas mengharung­i proses kajian kira-kira seminggu.

“Cuma kami ada memberi kata-kata akhir yang mana pengadil perlu serap segala tekanan, nikmati perlawanan dan kurangkan buat kesilapan.

“Tapi, mereka juga tidak boleh terlalu memikirkan untuk mengelak buat kesilapan kerana ia akan menjadi tekanan pula, apa harapan semua peminat bola sepak dan rakyat Malaysia perlawanan itu berlangsun­g lancar dengan semangat kesukanan tinggi dalam dan luar padang dan tiada insiden tidak diingini berlaku.

“Johor DT dijangka meraih kejuaraan, namun akan berdepan ujian getir Kedah yang berusaha mempertaha­nkan kejuaraan. yang penting nikmatilah perlawanan itu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sebelum ini, JDT dan Kedah menuntut pengadil yang adil dan berkualiti untuk mengendali­kan aksi final yang pastinya mendapat tumpuan seluruh peminat bola sepak tanah air.

Malah, Subkhiddin juga sudah memberi jaminan betapa pengadil yang dipilih nanti adalah yang terbaik dan mampu mengendali­kan perlawanan dengan cemerlang.

“Saya juga menjangkak­an keputusan berpihak kepada Johor DT 2-1. Namun, apa yang penting kedua-dua pasukan akan memperagak­an permainan menarik dan menghiburk­an,” katanya.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang juga Timbalan Presiden MUSA, Datuk Yusoff Mahadi turut meramalkan Johor DT menang 2 -1 ke atas Kedah.

Kekuatan skuad itu sememangny­a tidak dapat disangkal terutama barisan depan mereka yang berkualiti untuk memburu jaringan, katanya.

 ??  ?? SUBKHIDDIN
SUBKHIDDIN
 ??  ??
 ?? Idris Haron ?? Saya juga menjangkak­an keputusan berpihak kepada Johor DT 2-1”
Idris Haron Saya juga menjangkak­an keputusan berpihak kepada Johor DT 2-1”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia