Harian Metro

J ‘JANGAN GENTAR’

- Syafiq Aznan syafiq.aznan@bh.com.my

uara bertahan, Kedah tidak harus gentar untuk turun bertemu Johor Darul Ta’zim (Johor DT) pada final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, malam ini.

Apa tidaknya, skuad Helang Merah berjaya mengelak daripada menjadi mangsa ‘cengkaman’ skuad Harimau Selatan itu pada saingan Liga Super yang menyaksika­n kedua-dua pasukan sama liat, sama mantap dan terpaksa berpuas hati seri dalam

 Khairul gesa rakan sekat hajat Johor DT bawa pulang piala

Shah Alam: Pertahanan muda Kedah, Syawal Nordin enggan dipalit kekecewaan sekali lagi di pentas akhir Piala Malaysia dengan dia kini mengintai peluang untuk beraksi penuh pada aksi penentuan, malam ini.

Selepas penampilan sulungnya di perlawanan akhir piala berprestij itu pada tahun lalu berakhir selepas 20 minit, pemain berusia 24 tahun itu kini bersedia untuk menebus kekecewaan dan bertekad untuk memberikan yang terbaik jika berjaya meraih kepercayaa­n pengendali skuad Helang Merah, Nidzam Adzha Yusoff.

“Saya hanya mampu beraksi dua aksi liga musim ini.

Malah, mereka juga memiliki ‘kelebihan psikologi’ apabila berjaya merobek ego juara Liga Super empat kali berturut-turut itu selepas menumbangk­an lawan dalam penentuan sepakan penalti, sekali gus merangkul Piala Sumbangsih di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, awal musim ini.

Justeru, kapten Khairul Helmi Johari mengharapk­an rakan sepasukann­ya dapat meneruskan momentum itu pada perlawanan itu apatah lagi mereka memiliki hajat besar tidak membenarka­n trofi Piala Malaysia itu dibawa pulang ke bumi Johor.

“Kalau dilihat daripada dua aksi bertemu Johor DT sebelum ini, sememangny­a perlawanan begitu seimbang dan 50-50 dan dengan aksi final, jangkaan penyokong kedua-dua pasukan sudah pasti begitu tinggi.

“Piala Malaysia akan menjadi milik pasukan yang memperagak­an aksi terbaik malam esok (malam ini). ‘Mood’ pasukan juga berada dalam keadaan yang terbaik, jadi kami akan pastikan dapat mempertaha­nkan piala berprestij ini,” katanya ketika ditemui pada sidang media menjelang final di Stadium Shah Alam, semalam.

Pada masa sama, pertahanan tengah kebangsaan itu juga mengakui semangat rakan sepasukann­ya tetap membara untuk beraksi pada final walaupun selepas berjaya mara ke perlawanan akhir buat kali ketiga berturut-turut.

“Ini tahun ketiga Kedah beraksi di final jadi saya mahukan rakan sepasukan tidak kira pemain dalam kesebelasa­n utama atau di bangku simpanan dapat mengekalka­n fokus dan memberi sepenuh komitmen untuk perlawanan ini.

“Tiada apa yang berbeza mengenai perlawanan akhir Piala FA dan Piala Malaysia, yang bertukar hanyalah pasukan yang akan kami temui dan saya akui Johor DT cabaran terbesar buat kami di final nanti,” katanya. memantapka­n kualiti pertahanan­nya.

“Pengalaman beraksi di luar negara banyak membantu saya meningkatk­an keyakinan diri dan tambahan pula saya turut diberi peluang bermain di liga tempatan, jadi banyak yang saya peroleh untuk menjadi seorang pertahanan yang lebih baik berbanding sebelum ini.

“Kombinasi bersama pertahanan senior juga bertambah baik dan saya begitu bertuah kerana mereka tidak lokek untuk berkongsi ilmu dan memberi dorongan setiap kali pada sesi latihan mahupun perlawanan sebenar,” katanya.

 ?? FOTO: SYARAFIQ ABD SAMAD ?? SAFIQ Rahim (kanan), ketua jurulatih Johor DT, Ulisses Morais (dua dari kanan) bersama Khairul Helmi (kiri) dan ketua jurulatih kedah, Nidzam Adzha (dua dari kiri) memegang Piala Malaysia selepas sidang media di Stadium Shah Alam, semalam.
FOTO: SYARAFIQ ABD SAMAD SAFIQ Rahim (kanan), ketua jurulatih Johor DT, Ulisses Morais (dua dari kanan) bersama Khairul Helmi (kiri) dan ketua jurulatih kedah, Nidzam Adzha (dua dari kiri) memegang Piala Malaysia selepas sidang media di Stadium Shah Alam, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia