Harian Metro

Ghaddar tak sabar pamer taring

-

Kelana Jaya: Penyerang import Johor Darul Ta’zim (Johor DT), Mohamad Ghaddar mahu membuktika­n dirinya masih berbisa di pentas besar apabila membuat perhitunga­n dengan Kedah di final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam malam ini.

Kejayaanny­a meledak 23 gol untuk muncul penjaring terbanyak Liga Super musim ini serta enam gol di sepanjang kempen Piala Malaysia setakat ini bakal menjadi faktor utama bagi pengendali Ulisses Morais meletakkan kepercayaa­n kepada Ghaddar menerajui serangan Harimau Selatan.

Malah, pemain yang berasal dari Lubnan itu sudah biasa di pentas final ketika membantu Kelantan menjuarai Piala Malaysia 2012, Piala FA 2012 dan 2013.

Ghaddar, 33, tidak menjaringk­an gol pada final Piala Malaysia 2012 menentang ATM namun jaringan tunggalnya menerusi sepakan penalti membolehka­n bekas pasukannya menewaskan Sime Darby 1-0 pada final Piala FA 2012.

Dan dia yang dibawa masuk oleh Johor DT pada pertengaha­n tahun ini dari Kelantan percaya mahu menggembir­akan penyokong Harimau Selatan.

“Ini perlawanan terakhir, kami sudah menang Liga Super dan ini adalah final untuk kami meraih satu lagi kejuaraan. Saya fikir semua pemain menunggu final ini, pemain menunggu final ini untuk menang. Hanya kemenangan yang dicari untuk Johor, pemain, keluarga dan penyokong.

“Saya tak menjaringk­an gol (final Piala Malaysia 2012) tapi Insya Allah perlawanan akhir kali ini saya akan jaringkan gol,” katanya.

Ghaddar dijangka beraksi sebagai penyerang tunggal namun Morais masih mempunyai pilihan Ahmad Hazwan Bakri dan Darren Lok jika mahu menukar strategi permainan.

 ??  ?? GHADDAR (tengah) sudah meledak 23 gol Liga Super musim ini serta enam gol sepanjang kempen Piala Malaysia.
GHADDAR (tengah) sudah meledak 23 gol Liga Super musim ini serta enam gol sepanjang kempen Piala Malaysia.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia