Harian Metro

IMPI FINAL TERINDAH

- Aziman Rosdi aziman@hmetro.com.my Firdaus Hashim firdaushas­him@hmetro.com.my

 Safiq harap penampilan ketiga di pentas akhir

bawa tuah julang Piala Malaysia

Kapten Johor Darul Ta’zim (Johor DT) Safiq Rahim mengharapk­an penampilan final kali ketiga Piala Malaysia di Stadium Shah Alam hari ini akan memberi tuah kepadanya untuk menjulang trofi yang masih belum dikecapi dalam kariernya.

Dalam usia 30 tahun, Safiq dianggap antara pemain tempatan paling berjaya dengan deretan trofi kejayaan Liga Super, Piala FA, Piala Sumbangsih, Piala AFF 2010 dan Piala AFC 2015.

Namun, apa yang masih tiada dalam kabinet trofinya adalah Piala Malaysia apabila dua kali percubaann­ya di pentas akhir bersama Selangor pada 2008 dan Johor DT 2014 berakhir dengan kegagalan.

Kapten kebangsaan itu tidak mahu sejarah silam terus menghantui dirinya dan percaya peluangnya untuk menebus kegagalan kini terbuka.

“Ini kali ketiga saya beraksi di final saya berharap tuah ada bersama pasukan Johor DT. Mana-mana pemain mahukan kemenangan untuk catat sejarah individu tersendiri jadi saya berharap saya dan rakan-rakan dapat berikan aksi terbaik,” katanya dalam sidang media praperlawa­nan semalam.

Safiq yang bakal menjadi perancang utama bersama Natxo Insa di bahagian tengah bagaimanap­un menghormat­i kekuatan juara bertahan Kedah yang akan tampil di final kejohanan edisi ke-91 itu buat kali ketiga berturut-turut.

Baginya, dia tidak kisah sama ada mereka akan diheret ke penentuan sepakan penalti kerana apa yang penting adalah kejuaraan pertama Piala Malaysia buat Johor DT.

“Kita sudah buat persiapan rapi, sama ada perlawanan ditentukan dalam 90 minit, 120 minit atau penalti, harap tuah akan memihak kepada Johor DT. Kami semua akan berikan yang terbaik, tak kisah dalam apa situasi, kami hanya mahukan kemenangan,” katanya. Kuala Lumpur: Tonggak tengah Johor Darul Ta’zim (Johor DT), Natxo Insa mengakui semangatny­a kian melonjak untuk membantu skuad Harimau Selatan menamatkan kemarau kejuaraan Piala Malaysia yang tidak pernah dimenangi kelab itu sejak mengalami transforma­si pada 2013.

Malah, pemilihann­ya selaku pemenang Anugerah Pemain Terbaik Bulanan PFAM-asiana.my Liga Super bagi bulan September dianggap amat istimewa dan hadir tepat pada waktunya.

Jelas pemain kacukan kelahiran Sepanyol yang sudah mendapat taraf kerakyatan Julai lalu, Anugerah Pemain Terbaik Bulanan PFAM itu membuatkan­nya berada lebih dihargai, sekali gus membakar semangatny­a untuk berjuang meskipun

 ?? FOTO: YAZIT RAZALI ?? PEMAIN Johor DT berlatih di Padang FAM menjelang final malam ini.
FOTO: YAZIT RAZALI PEMAIN Johor DT berlatih di Padang FAM menjelang final malam ini.
 ?? Safiq Rahim ?? Mana-mana pemain mahukan kemenangan untuk catat sejarah individu tersendiri jadi saya berharap saya dan rakan-rakan dapat berikan aksi terbaik”
Safiq Rahim Mana-mana pemain mahukan kemenangan untuk catat sejarah individu tersendiri jadi saya berharap saya dan rakan-rakan dapat berikan aksi terbaik”
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia