Harian Metro

Insa ghairah bantu Harimau Selatan

-

mengakui agak letih selepas mengharung­i hampir 55 aksi kompetitif sepanjang musim ini.

“Ini anugerah pertama untuk saya sejak bermain di Malaysia. Saya harap dapat meraih lebih banyak pengalaman bersama kelab dan harap kempen tahun depan juga akan lebih baik.

“Bagi saya anugerah ini satu penghormat­an yang diberikan penyokong dan pemerhati bola sepak kepada saya. Gelaran ini hasil kerjasama rakan sepasukan yang banyak membantu.

“Tentu sekali ia menambah keyakinan saya menjelang final esok. Kami akan cuba sedaya upaya memenangi perlawanan sekali gus menghadiah­kan Piala Malaysia buat penyokong setia kami,” katanya ketika ditemui pada majlis Anugerah Pemain Terbaik Bulanan di sini, hari ini.

Menerusi undian dalam talian yang dibuat melalui laman web rasmi PFAM iaitu www.pfam.my dan juga www.asiana.my menyaksika­n bekas pemain Levante itu mengumpul undian tertinggi sebanyak 46.11 peratus (2,847 undi).

Ia sekali gus mengetepik­an empat calon lain iaitu Marko Simic dari Melaka United (29.95 peratus 1,849 undi), Thiago Augusto Fernandes dari FELDA United (9.85 peratus - 608 undi), Matheus Alves dari Pahang (7.18 peratus - 443 undi) dan Wan Zack Haikal Wan Noor dari FELDA United (6.92 peratus - 427 undi).

Dia menerima wang tunai RM1,500 sumbangan 139associa­tes dan MVP Sports Agency, trofi sumbangan Ideasia, baucar barangan sukan bernilai RM500 sumbangan Kobert dan gambar pemain berserta bingkai sumbangan Asiana.my.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia