Harian Metro

FINAL YANG DINANTI

- Firdaus Hashim firdaushas­him@hmetro.com.my

 Vingada sukar ramal pasukan mana bakal julang Piala Malaysia

Pertembung­an antara Kedah dan Johor Darul Ta’zim (Johor DT) dalam aksi final Piala Malaysia 2017 di Stadium Shah Alam, malam ini ibarat ‘buku bertemu ruas’ serta final idaman yang dinanti-nantikan penyokong bola sepak tempatan.

Pengendali Harimau Malaya, Nelo Vingada berkata, agak sukar baginya meramalkan siapa yang paling layak untuk membawa pulang Piala Malaysia edisi ke-91 itu.

Katanya, kedua-dua pasukan memiliki kekuatan dan kelebihan tersendiri dengan kebanyakan tonggak terbaik tempatan dan import berada dalam senarai skuad Helang Merah dan Harimau Selatan itu.

“Secara jujurnya sukar nak diramal pasukan manakah akan bergelar juara kerana kedua-dua pasukan sama kuat dan hebat.

“Malah, hampir separuh anggota pasukan kebangsaan berada dalam final ini yang saya anggap sebagai pertembung­an idaman berdasarka­n pencapaian kedua-duanya sepanjang musim ini.

“Ramalan saya, aksi ini akan berakhir dalam tempoh 90 minit tanpa perlu diheret ke masa tambahan dan penentuan sepakan penalti dengan jurang kemenangan yang kecil.

“Namun, siapa yang kurang melakukan kesilapan akan keluar sebagai pemenang,” katanya yang menganggap anak buah Ulisses Morais miliki sedikit kelebihan berdasarka­n rekod pertemuan sejak 2013 dengan Johor DT memenangi empat kali dan dua seri dalam lapan pertemuan di semua kejohanan tempatan.

Beliau yang digelar ‘The Profesor’ menambah, keupayaan skuad bimbingan Nidzam Adzha Yusoff juga tidak boleh diperkecil­kan memandangk­an mereka turun ke arena dengan status selaku juara bertahan.

“Kedah sebuah pasukan campuran pemain senior dan muda disamping turut mempunyai tonggak import yang berkualiti.

“Perlawanan akhir ini amat menarik untuk disaksikan dan pastinya berlangsun­g sengit. Seperti pepatah yang sering diungkap iaitu ‘The Best Man Win’,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia