Harian Metro

Morais rangka strategi perangkap Lang Merah

- Aziman Rosdi aziman@hmetro.com.my

Shah Alam: Pengendali Johor Darul Ta’zim (Johor DT) Ulisses Morais mengakui sudah mempunyai strategi terbaik untuk memerangka­p juara bertahan Kedah pada aksi final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, malam ini.

Kekuatan kedua-dua pasukan dilihat seimbang apabila mencatat keputusan seri 0-0 pada pertemuan terakhir Liga Super biarpun ramai tonggak utama direhatkan.

Manakala pada aksi Piala Sumbangsih awal tahun ini juga berkesudah­an seri 1-1 namun Kedah lebih bertuah untuk menjulang trofi itu dengan penentuan sepakan penalti 4-5.

Bagi Morais, 57, beliau sudah mengkaji kekuatan dan kelemahan Kedah dan yakin anak buahnya sudah cukup bersedia.

“Kami hanya bercakap mengenai pasukan Kedah bersama pemain saja tapi sudah tentu kami mengetahui mengenai kemampuan mereka sama dengan mereka mengetahui kemampuan kami. Saya sudah mengenalpa­sti apa yang kami perlu lakukan untuk meningkatk­an permainan kami.

“Final adalah final, ia berbeza dengan perlawanan sebelum ini. Perlawanan ini penting buat kedua-dua pasukan jadi saya menjangkak­an perlawanan sukar

(gambar)

esok,” katanya dalam sidang media praperlawa­nan semalam.

Aksi final kali ini adalah peluang terbaik Harimau Selatan mengintai kejuaraan pertama Piala Malaysia selepas tewas kepada Pahang menerusi penentuan sepakan penalti 3-5 selepas aksi 120 minit terikat 2-2 pada perlawanan akhir 2014.

Morais, bekas jurulatih kelab S.C Beira-Mar dari Portugal berkata, kejuaraan Piala Malaysia amat penting untuk mereka melengkapk­an musim bergaya selepas menjuarai Liga Super empat kali berturut-turut.

“Ini perlawanan terakhir musim ini, ia juga perlawanan final untuk merebut kejuaraan. Kami berada di tahap terbaik, memiliki pemain yang bagus serta berkeyakin­an tinggi. Kami berusaha keras untuk ke final dan mahu memenangi perlawanan ini,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia