Harian Metro

‘Tiada apa perlu dirisaukan’

-

Setiap individu pasti melalui pasang surut dalam kehidupan. Tidak semua apa yang diimpikan dapat digapai. Jika apa yang diharapkan tidak berhasil, pasti terpalit rasa sedih.

Sungguhpun begitu, itu bukan alasan untuk terus bermuram atau menangis air mata darah sekalipun kerana yang terjadi sudah terjadi.

Itulah realiti yang perlu diterima kerana kehidupan ada pasang surutnya. Barangkali episod hitam yang pernah dilalui oleh seseorang itulah yang menjadikan­nya lebih kuat untuk menjalani kehidupan mendatang.

Apa yang pasti, setiap yang berlaku itu ada hikmah di sebaliknya.

Begitu juga yang dirasakan pelakon popular, Nelydia Senrose apabila menyentuh kisah percintaan dalam hidupnya bersama pelakon Qi Razali terlerai meski empat tahun lamanya mengenali hati budi masingmasi­ng.

Mengakui masih berstatus solo, Nelydia atau Nik Zaris Nelydia Senrose Nik Sen tidak pernah menutup pintu hatinya sebaliknya terbuka menerima kedatangan cinta baru.

Katanya, dia bahagia dan gembira dengan kehidupan sekarang kerana masa yang kosong diisi dengan kerja.

“Buat apa saya nak sedih kerana kehidupan harus diteruskan. Memanglah kalau dulu ada orang tempat untuk saya berkongsi cerita pahit dan manis tetapi kini banyak berkongsi apa saja dengan ahli keluarga sendiri.

“Saya masih ada keluarga dan merekalah saya letakkan keutamaan dalam apa jua yang dilakukan,” katanya.

Meskipun melihat kebahagiaa­n yang jelas terpancar di wajah kakaknya, Uqasha

Senrose apabila berjaya menemui cinta hati selepas beberapa kali gagal dalam perhubunga­n, Nelydia akui tidak tertekan sebaliknya gembira dan mendoakan pengakhira­n yang terbaik untuk kakaknya.

“Alhamdulil­lah saya harap pengakhira­n yang baik buat adik-beradik saya. Lebih baik saya jalani kehidupan ini dengan seadanya.

“Saya percaya jika umur panjang, insha- Allah Tuhan sudah tetapkan jodoh buat saya. Jadi tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Saya mohon doakan saya temui cinta hati yang terbaik supaya hubungan yang dibina kelak berpanjang­an,” katanya.

Nelydia letakkan keluarga sebagai keutamaan dalam apa saja dilakukan

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia