Harian Metro

AKSI FINAL PASTI SENGIT!

- Garret Dawum garret@hmetro.com.my - Pelakon, Farid Kamil - Pelakon, Scha Alyahya - Penyanyi, Ezad Lazim - Pelakon dan penyanyi, Yana Samsudin - Penyanyi, Indah Ruhaila - Pelakon, Fahrin Ahmad

Pencapaian terbaik dan terakhir yang ditunjukka­n Johor dalam Piala Malaysia adalah pada 1991 dengan kemenangan 3-1 di peringkat akhir menentang Selangor. Selepas itu, aksi Johor nampaknya hambar tetapi kembali menyengat menerusi Johor Darul Ta’zim (Johor DT) tetapi sekadar menyandang gelaran naib juara dan akur dengan kehebatan Pahang apabila tewas 3-5 dalam penentuan penalti ketika Piala Malaysia 2014.

Berbanding Johor

DT, pasukan lawannya dalam saingan akhir Piala Malaysia 2017 kali ini iaitu Kedah adalah satu pasukan yang tidak di sangsi akan kehebatann­ya. Juara lima kali ini semestinya turun bersemanga­t untuk terus mengekalka­n kemenangan buat dua tahun berturuttu­rut.

Bagi menyemarak­kan semangat kedua-dua pasukan dalam saingan akhir Piala Malaysia 2017 yang akan berlangsun­g malam ini di Stadium

Shah Alam, golongan selebriti sudah bersiap sedia dengan memberi ramalan kemenangan buat pasukan masing-masing.

Jangkaan artis tempatan adalah berlangsun­gnya perlawanan sengit kerana kedua-dua pasukan mempunyai kelebihan dan kehebatan tersendiri. Pelakon cantik kelahiran Sungai Petani, Kedah iaitu Janna Nick menjangkak­an sesuatu menarik ditampilka­n negeri tercintany­a.

Katanya, perlawanan kali ini pasti sengit kerana melihatkan Johor DT yang semakin hebat di padang.

”Namun, selaku penyandang juara Piala FA baru-baru ini, kekuatan Kedah memang tidak boleh disangkal, malah, pernah menewaskan kelab terhebat Johor DT,† menjadi bukti Kedah akan menang.

”Kedah pasti akan mempertaha­nkan kemenangan dan peroleh kejuaraan berganda tahun ini.

”Dengan barisan pemain hebat yang sememangny­a sudah bersedia, mereka akan mampu bertahan menerusi persembaha­n terbaik, selain mempunyai kekuatan seimbang,” katanya.

Janna meramalkan,

Kedah akan memenangi perlawanan dengan keputusan 1-0.

”Itu saja yang boleh saya katakan tetapi saya akui kedua-dua pasukan hebat dan hanya permainan konsisten serta tuah mampu memberikan salah satu pasukan menang,” katanya.

Dalam pada itu, pemenang Pelakon TV Wanita Popular ABPBH 30 itu berkata, dia akan menyertai penyokong Hijau Kuning di stadium jika tidak mempunyai komitmen lain.

Jika kemenangan diramalkan milik Kedah oleh Janna, sebaliknya pula yang terjadi kepada pelakon Aeril

1) “Tidak mustahil Hijau Kuning akan mengibar sayap dengan lebar untuk menjadi juara buat kali keenam berdasarka­n sejarah sebelum ini. Keputusan untuk perlawanan sengit itu nanti ialah 3-2.”

2) “Kedah pasukan terkuat dalam Piala Malaysia tetapi kemampuan JDT tidak boleh diramal kerana kali ini pemainnya bermain bersungguh-sungguh dalam misi memburu kejuaraan. Apa-apa pun, sudah pasti Kedah akan menunjukka­n kehebatan dengan kemenangan 2-1.”

3) “Kehangatan perlawanan akhir memang sudah terasa dan saya sendiri meramal Kedah menang 2-0 kerana prestasi dan semangat yang ditunjukka­n pasukan itu membuatkan saya percaya ia boleh membuahkan hasil.” Zafrel.

Katanya, dia sudah semestinya memilih negeri kelahirann­ya Johor sebagai penyandang juara dengan kemenangan 2-1.

”Semangat juang pasukan Johor DT membawa mereka untuk menempah tiket ke final piala berprestij itu tahun ini amat membanggak­an.††

”Biarpun tewas di peringkat kumpulan tahun lalu, kali ini mereka kembali dengan barisan pemain yang hebat dan handal belaka.††

”Saya pasti mereka akan mendakap kembali piala itu dan akan bermain matimatian menebus kekalahan dalam saingan tahun lalu,” katanya.

Menurut bapa kepada dua anak ini, kemampuan Johor DT akan memberikan saingan terbaik dan inilah masanya untuk merampas piala itu.

”Seluruh jiwa raga saya diberikan untuk menyokong pasukan Johor DT. Kekalahan dalam saingan peringkat kumpulan bersama Kedah tahun lalu perlu dibalas.

”Jadi saya tidak sabar dan teruja nak menonton di rumah,” katanya yang berasal dari Batu Pahat, Johor.

1) “Gelaran juara sudah pasti milik JDT kerana pemain hebatnya sudah bersedia untuk beraksi dan memberikan permainan terbaik. Sekurangku­rangnya perlu jaringkan tiga gol berbalas dua untuk kemenangan.”

2) “Sebagai penyokong setia pasukan JDT, saya jangkakan keputusan 3-1 kerana penampilan mereka kali penuh dengan strategi dan kesiapsiag­aan, malah JDT sudah lama tidak bergelar juara.”

3) “Memang diakui Kedah tidak akan memberi jalan mudah untuk JDT menang tetapi saya yakin pasukan negeri kelahiran saya akan melawan habis-habisan dalam saingan sengit itu nanti. Saya ramal keputusan 2-1 untuk JDT rampas piala itu daripada Kedah.”

 ??  ?? JANNA Nick
JANNA Nick
 ??  ?? AERIL Zafril
AERIL Zafril
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia