Harian Metro

Ganjaran lumayan jadikan Piala Malaysia istimewa

- Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

Wang besar! wang besar!, itulah ungkapan yang digunakan peserta Roda Impian dan ia juga boleh digunapaka­i oleh pemain menjelang perlawanan akhir Piala Malaysia kerana mereka sentiasa dijanjikan ganjaran lumayan apabila menjulang trofi berkenaan.

Bukan bermaksud pemain yang beraksi di perlawanan akhir mata duitan atau hanya kejar ganjaran semata-mata, tetapi ia adalah sebahagian dari motivasi serta pembakar semangat buat mereka untuk bermain bermati-matian demi lencana di dada.

Hari ini dua lagi pasukan akan bertembung dalam perlawanan akhir Piala Malaysia iaitu penyandang juara, Kedah dan juara

Liga Super, Johor Darul Ta’zim (Johor DT), perkara yang menarik perhatian peminat bola sepak tanah air ialah ganjaran yang bakal diterima keduadua pasukan seandainya muncul juara.

Paling menarik bagi dua pasukan kali ini, perbezaan ganjaran, di mana Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) menjanjika­n bonus lumayan buat pemain, jurulatih serta pengurusan pasukan seandainya berjaya mempertaha­nkan Piala Malaysia.

Biar pun belum mahu mendedahka­n jumlah bonus yang bakal diberikan, Presidenny­a, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah memberi bayangan jumlah kali ini berkemungk­inan mengatasi RM25,000 seperti yang diterima setiap pemain selepas mereka menundukka­n Selangor di Stadium Shah Alam tahun lalu.

Paling menarik setiap pemain sudah dijanjikan bonus sebanyak RM10,000 kerana berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala Malaysia buat kali ketiga berturut-turut selepas menumpaska­n FELDA United di separuh akhir.

Berbeza dengan Johor DT yang mengumumka­n melalui laman facebook rasmi mereka bahawa pengurusan kelab tidak akan memberikan bonus kepada pemain jika pasukan menewaskan Kedah di perlawanan akhir hari ini.

“Kami tidak akan memberi bonus jika

Johor DT menjuarai Piala Malaysia tahun ini kerana kami mencapai sasaran kami iaitu menjuarai Piala Liga Super. Lagipun kami memberikan bonus yang besar sebelum ini kepada para pemain kami apabila mereka memenangi Liga Super,” kata Presiden Johor DT, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim.

Sementara itu, Selangor yang muncul juara pada 2015, difahamkan memberi imbuhan sebanyak RM50,000 kepada setiap pemain kerana mereka bukan saja berjaya merampas semula Piala Malaysia, tapi turut berjaya menyelesai­kan misi juara buat kali ke-33.

Bagaimanap­un, jumlah berkenaan tidak sebanyak Pahang yang muncul juara pada 2014 selepas menumpaska­n Johor DT menerusi penentuan sepakan penalti 5-3 selepas terikat 2-2 dalam masa sebenar.

Apa yang diraih Pahang pada waktu itu berbeza jika hendak dibandingk­an pada 2013 apabila mereka memperoleh bonus RM30,000 seorang ketika mereka muncul juara Piala Malaysia selepas menumpaska­n Kelantan 1-0 hasil jaringan kemenangan, Matias Conti pada minit ke-59.

Berbeza dengan pasukan lain, Kelantan pula menjanjika­n lot tanah pada 2012 selepas mereka berjaya menumpaska­n Angkatan Tentera

Malaysia (ATM) 3-2 dalam perlawanan akhir.

Setiap lot tanah berkenaan dianggar berjumlah antara RM60,000 hingga RM80,000 dan difahamkan ia menelan perbelanja­an keseluruha­n RM2 juta.

Dalam pada itu semua pemain dan pegawai pasukan Negeri Sembilan menerima insentif keseluruha­n sebanyak RM500,000 daripada Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) atas kejayaan muncul juara pada Piala Malaysia 2011.

Ganjaran berjumlah RM1 juta berjaya diraih skuad The Red Warriors itu selepas kejayaan mereka menjulang Piala Malaysia pada 2010 selepas mengalahka­n Negeri Sembilan 2-1.

Jumlah berkenaan merangkumi bonus serta pakej insentif kenaikan gaji dan bonus berjumlah RM451,000 diberikan kepada pemainpema­in Kelantan yang menyambung kontrak pada musim berikutnya serta diberikan dalam bentuk kenaikan gaji.

Sejumlah RM250,000 lagi diberikan kepada para pemain yang melengkapk­an dokumen kontrak penyambung­an perkhidmat­an untuk aksi musim berikutnya bersama Kelantan.

Sebelum itu, pada

2009 Negeri Sembilan memperoleh RM150,000 kerana layak ke separuh dan akhir Piala Malaysia, manakala imbuhan bonus sebanyak RM300,000 kepada pemain dan pengurusan kerana menjulang Piala Malaysia selepas mengalahka­n Kelantan 3-1

‘Hadiah’ wang tunai itu juga termasukla­h RM100,000 yang disumbangk­an oleh Menteri Besar Incorporat­ed (MBI).

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia