Harian Metro

Safawi intai aksi sulung final

- Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

Selepas berjaya membantu skuad negara Bawah 22 Tahun (B-22) meraih pingat perak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, pemain muda Johor Darul Ta’zim (Johor DT), Safawi Rasid mempunyai tugas penting untuk memastikan pasukannya berjaya menjulang trofi Piala Malaysia dalam perlawanan akhir berdepan Kedah hari ini.

Paling menarik jika diturunkan dalam kesebelasa­n utama atau berada dalam skuad perlawanan akhir hari ini, ia adalah detik manis buat pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu kerana ia bakal menjadi aksi sulungnya di pentas final piala berprestij itu.

Sekarang ini semua terpulang kepada jurulaih Johor DT, Ulisses Morais sama ada ingin menggunaka­n pemain sayap dan penyerang itu dalam kesebelasa­n utama ataupun menurunkan sebagai pemain gantian sekali gus menjadi senjata rahsia buat pasukan yang digelar Harimau Selatan itu.

Berdasarka­n rekod jaringan dalam saingan

Piala Malaysia Safawi pernah meledak satu gol menerusi sepakan penalti ketika membantu Johor DT membelasah Terengganu 5-0 dalam perlawanan peringkat kumpulan Piala Malaysia.

Dia yang mencipta nama bersama skuad T-Team sebelum berpindah ke

Johor DT, juga menjadi watak penting dalam melakukan hantaran kepada rakan sepasukan untuk menghasilk­an gol dan berdasarka­n statistik pemain berusia 20 tahun ini, melakukan dua hantaran yang membuahkan jaringan.

Sedikit latar belakang mengenai Safawi, dia yang berasal dari Kampung Bukit Chatak, Dungun adalah bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Dungun sebelum berpindah ke Sekolah Sukan Bukit Nenas, Marang sehingga 2014 untuk memperting­katkan bakatnya dalam sukan bola sepak.

Anak kelima daripada tujuh beradik ini juga meledak dua gol di Sukan SEA Ogos lalu, seterusnya membantu skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee ini mara ke perlawanan akhir sebelum tumpas 0-1 kepada Thailand dalam aksi yang berlangsun­g di Stadium Shah Alam.

Lebih menarik kesemua adik-beradiknya aktif dalam sukan seperti sepak takraw dan hoki, seterusnya menjadi sanjungan dan kebanggaan buat penduduk di Dungun.

Kedah pasti akan mencari jalan terbaik untuk mengekang pergerakan lincah pemain yang memiliki ketinggian 173 sentimeter ini, kerana dia bukan saja mampu membawa bola di bahagian sayap sebelum melakukan hantaran lintang, malah mampu untuk masuk ke dalam petak penalti seterusnya melepaskan rembatan kencang.

Safawi membuat kemunculan sulung di pentas antarabang­sa apabila beraksi bersama skuad B-22 di Piala Negara-Negara pada Jun tahun lalu.

Dua bulan kemudian Safawi membuat kemunculan sulung bersama skuad Harimau Malaya menentang

Indonesia dan diletakkan dalam kesebelasa­n utama dan dia sekali lagi diberi kepercayaa­n ketika Malaysia menentang Singapura di mana keputusan perlawanan persahabat­an itu berakhir seri tanpa jaringan.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia