Harian Metro

Himpunan bakat cetus aksi hebat Kedah, Johor DT

-

Harap-harap tidak ada sepakan penalti. Tidak mengapa jika perlawanan diheret ke masa tambahan asalkan mutu permainann­ya ‘berkualiti’, rancak, lagi menghiburk­an. Itu antara ungkapan biasa yang dicetus daripada bermacam sifat idealisme pertarunga­n Kedah dan Johor Darul Ta’zim (Johor DT) pada perlawanan akhir Piala Malaysia edisi ke-91 di Stadium Shah Alam malam ini.

Penentuan sepakan penalti memang asam garam final sukan bola sepak tetapi memandangk­an sensasinya pertembung­an pasukan juara dari utara dan selatan tanah air, kita mahukan klimaks yang bukan saja mutlak tetapi juga dimenangi dengan kemahiran dan detik inspirasi.

Pastinya peminat juga mengharapk­an perhitunga­n mahkota kejuaraan bola sepak terunggul negara tidak kalut dengan kesilapan seperti yang dialami penjaga gol pada perlawanan akhir 1992 dan 2004.

Perlawanan akhir Kedah-Johor DT malam ini dianggap terlalu istimewa, penuh dengan watak-watak bintang dan tidak wajar jika kemenangan­nya terhasil akibat kelalaian mana-mana pemain dalam menepati status mereka sebagai kelompok pemain terbaik Liga Malaysia kebelakang­an ini.

Final malam ini jauh berbeza dengan keputusan 0-0 di antara dua finalis itu pada perlawanan terakhir liga di Stadium Darul Aman, Sabtu lalu. Malah segala rencah perlawanan pasti berlainan di Stadium Shah Alam malam ini.

Ini pertembung­an pertama Kedah-Johor DT dalam perlawanan akhir Piala Malaysia.

Jikapun ada yang mungkin menyanggah, final malam ini menemukan dua pasukan yang mempunyai kualiti terbaik di Malaysia. Baik di segi konsep permainan, skil individu pemain mahupun ketahanan mental, Kedah dan Johor DT agak setara, sekali gus menjanjika­n aksi buku bertemu ruas sebagai tontonan istimewa hampir 90 ribu penonton di Stadium Shah Alam dan jutaan lagi menerusi siaran secara langsung televisyen.

Berdasarka­n kejuaraan musim ini, kekuatan Kedah (juara Piala Sumbangsih & Piala FA) dan Johor DT (juara Liga Super) agak sukar untuk dipisahkan, termasuk mempunyai kebolehan pemain import dan tempatan yang tersendiri.

Pendek kata, Kedah dan Johor DT setanding dan sama kuat, cumanya dengan cara dan gaya yang berbeza.

Jika malam ini kapten Johor DT, Safiq Rahim akan kembali gerak rajin menanti ruang untuk gol sepakan lencong, mungkin pula Baddrol Bakhtiar boleh menyusup masuk untuk membuat tolakan tenang buat kemenangan Kedah.

Mampukah pula Liridon Krasniqi untuk benar-benar menyerlah untuk Helang Merah di pentas final selepas aksi sederhana di Stadium Shah Alam sebelum ini?

Kita juga tidak perlu terkejut jika Fadhli Shas, dan bukannya Mohammed Ghaddar, yang tampil dengan sentuhan istimewa untuk mencetak gol terpenting buat Harimau Selatan.

Sebelas pemain Johor DT dalam skuad kebangsaan terbaru, manakala enam pemain Kedah juga pernah dipanggil jurulatih Harimau Malaya turut menggambar­kan himpunan bakat aksi final kali ini.

Ditambah pelbagai cetusan cerita panas, positif & negatif di media sosial, pertembung­an KedahJohor DT amat membara di kalangan peminat bola sepak tanah air. Itu sebenarnya bertepatan dengan tradisi saingan Piala Malaya/Piala Malaysia sejak 1921.

Tidak dinafikan Piala Malaysia adalah pentas paling hangat untuk kita semua sebagai peminat bola sepak negara.

Tetapi ingat bak kata pepatah “dulu lain, sekarang lain”, sentiasa berikan pertimbang­an dan berhatihat­i. Nikmatilah sepenuhnya perlawanan akhir kali ini tanpa rasis, politik dan provokasi. Jumpa lagi!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia