Harian Metro

FINAL TERAKHIR BERSAMA KEDAH

-

Sosek-sosek sampai ke telinga Spy Bola, perlawanan akhir Piala Malaysia hari ini adalah final terakhir untuk sekurang-kurangnya lima pemain Kedah kerana mereka khabarnya akan angkat kaki ke pasukan lain musim depan.

Memandangk­an ini baru khabar angin, tak beranilah Spy Bola dedahkan nama lima pemain itu.

Apatah lagi mereka kini sedang fokus untuk menghadapi Johor Darul Ta’zim (Johor DT) di Stadium Shah Alam, malam ini.

Tapi dalam kalangan penyokong Kedah sendiri, isu ini seolah-olah bukan rahsia lagi. Ia sudah menjadi bualan sejak sebulan lalu terutama selepas tersebar gambar pertemuan penyerang muda, Shafiq Ahmad bertemu dengan pemilik kelab Johor DT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim atau TMJ (Tengku Mahkota Johor).

Spy Bola difahamkan, antara yang berkemungk­inan besar akan meninggalk­an Kedah adalah seorang pemain import yang sangat berpengaru­h. Di samping itu dua pemain senior serta dua pemain muda turut menjadi sasaran.

Keadaan ini sedikit sebanyak memang meresahkan penyokong kerana mereka yakin tanpa lima pemain ini, Kedah akan lumpuh pada musim depan.

Justeru, Pengerusi Kelab Penyokong Bolasepak

Kedah (KEPDA), Nor Asmadi Hamzah mendesak agar Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) mengambil tindakan pro aktif untuk menyekat fenomena ini.

“Saya berharap KFA tidak berlengah untuk menawarkan kontrak baru kepada pemain ini musim depan. Ini kerana jika mereka mengambil sikap sambil lewa, tidak mustahil Kedah akan kehilangan ramai tonggak.

“Ini kerana pasukan lain sentiasa mengintai bakat serta kebolehan yang dimiliki oleh pemain Kedah.

Dalam bola sepak profesiona­l, soal perpindaha­n pemain memang lumrah tapi sekurang-kurangnya KFA perlu berusaha mengekalka­n mereka demi pasukan,” kata Nor Asmadi. DT berkelayak­an, mengapa kebanyakan mereka hanya dipanggil selepas Liga Malaysia berakhir. Bagi mereka ada ‘muslihat’ di sebaliknya.

Mereka juga mengharapk­an lebih ramai pemain muda daripada skuad Bawah 23 tahun diserap selain Nor Azam Azih, Syamer Kutty Abba, Adam Nor Azlin dan Syafiq Ahmad.

Spy Bola melihat isu ini dengan berlapang dada. Pada Spy Bola, kritikan sebegini tidak patut dilemparka­n pada ketika Nelo Vingada sedang berusaha untuk membentuk skuad yang mantap.

Ini kerana membentuk sebuah skuad kebangsaan tidak sama dengan membentuk pasukan untuk kelab. Jika bersama kelab, seseorang boleh menggunaka­n kuasa wang untuk membeli pemain terbaik untuk jadikan pasukan mereka hebat.

Ia berbeza dengan pasukan kebangsaan di mana jurulatih hanya boleh menggunaka­n apa sahaja bahan yang ada. Jika bahan itu bagus, maka baguslah pasukan yang dibimbingn­ya, jika sebaliknya, hasilnya tentu mengecewak­an.

Oleh itu berilah Vingada peluang untuk terus mencari kombinasi yang mantap kerana kejayaan tidak boleh dicipta dengan lampu ajaib. Angin sepoi-sepoi bahasa dari Pantai Timur bertiup ke telinga Spy Bola menyampaik­an khabar bahawa ramai pemain pasukan Kelantan yang bakal mengangkat kaki meninggalk­an pasukan itu walaupun mereka kekal dalam Liga Super musim depan.

Melaka United secara terang-terangan menyatakan mereka berminat untuk membeli penjaga gol utama The Red Warriors, Khairul Fahmi Che Mat.†

Malah Khairul Fahmi atau Apek sendiri mengakui dia sedang menimbangk­an tawaran daripada beberapa pasukan lain walaupun kontraknya bersama Kelantan masih berbaki sehingga akhir 2018.

Selain Apek, beberapa pemain senior khabarnya juga sudah tawar hati untuk menyarung jersi

TRW walaupun kemelut gaji sudah dapat diatasi sejak pelantikan presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) yang baru.

Menurut sumber, ramai pemain yang bimbang dengan masa depan mereka jika kekal bersama Kelantan. Jadi, jika ada tawaran, demi masa depan, mereka tidak teragak-agak untuk angkat kaki.

 ??  ?? SANDRO Da Silva
SANDRO Da Silva
 ??  ?? KHAIRUL Fahmi Che Mat
KHAIRUL Fahmi Che Mat
 ??  ?? NELO Vingada
NELO Vingada

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia