Harian Metro

Persembaha­n Adem mengagumka­n

- Georgie Joseph georgie@hmetro.com.my

Peserta Malaysia, Mafarikha turut dapat penghormat­an daripada juri dan penonton

Sejak mula bersiaran pada 12 Oktober lalu, program pencarian bakat Asia’s

Got Talent musim kedua (AGT2) meraih perhatian memberangs­angkan. Ternyata, kali ini bakat yang muncul ketika uji bakat sangat mengagumka­n.

Disiarkan setiap Khamis, jam 8.30 malam di saluran AXN (Astro 701), AGT2 yang menampilka­n barisan juri David Foster, Anggun dan Jay Park, nampaknya mendapat perhatian daripada peserta dari pelbagai negara.

Penanganny­a cukup kuat dan diakui sebagai platform yang hebat untuk menunjukka­n pelbagai jenis bakat.

Bahkan beberapa peserta menjadi perbualan selepas menunjukka­n kehebatan masing-masing.

Antaranya ADEM yang meraih tontonan lebih 14 juta di Facebook dalam masa empat hari. ADEM adalah kumpulan penari berasal dari negara yang begitu jarang didengar iaitu Republic Kyrgyz. Keunikan itu juga membuatkan kumpulan dianggotai empat jejaka berkenaan senang diingati.

Jay Park akui sangat kagum dengan elemen yang disuntik dalam tarian ADEM selain persembaha­n mereka yang hebat.

“Saya banyak menyaksika­n persembaha­n animasi tetapi cara ADEM menggabung­kan semua elemen cukup ‘gila’. Ia sebuah persembaha­n yang luar biasa dan sangat bagus,” katanya.

Kru tarian berkenaan yang mendapat perhatian

Jay Park hingga menekan Golden Buzzer, akan mara terus ke peringkat separuh akhir tanpa menunggu senarai pendek 20 peserta yang dipilih juri. Ini bermakna mereka tinggal selangkah lagi untuk memenangi hadiah utama RM423,000.

Jika musim lalu kumpulan pemuzik etnik Sada Borneo dari Malaysia mencuri tumpuan, tahun ini penyanyi Mafarikha berjaya membanggak­an negara. Bekas peserta program Vokal Bukan Sekadar Rupa itu menyertai AGT2 demi misi untuk kembali menaikkan namanya.

Terdahulu, penyanyi berkenaan memutuskan untuk berhenti menyanyi selepas tidak mendapat ruang dalam industri. Kisahnya itu jelas menyentuh hati ramai termasuk juri.

Menyanyika­n lagu popular Mariah Carey,

Hero, dia turut mendapat penghormat­an daripada juri dan penonton.

Dia juga mendapat pujian ramai netizen tempatan yang jelas terpukau dengan bakatnya.

Bukan sekadar didominasi peserta dari

Asia Tenggara, ramai bakat dari negara lain termasuk Jepun tidak ketinggala­n mencuba nasib. Seorang penghibur silap mata, Akira Kimura, 36, turut mencuri perhatian.

Mempersemb­ahkan silap mata dengan cara tersendiri, Kimura berjaya membuatkan penonton ketawa pecah perut. Dia juga berhasil meyakinkan Anggun untuk menekan Golden Buzzer untuknya.

Selepas uji bakat, peserta yang mara akan kembali dengan persembaha­n di separuh akhir dan seterusnya bertanding merebut gelaran juara pada pentas akhir.

Asia’s Got Talent adalah adaptasi ke-67 program

Got Talent yang cukup berprestij di seluruh dunia. Setakat ini 186 negara memiliki versi sendiri program berkenaan dan tidak pernah gagal mendapat sambutan.

 ??  ?? MAFARIKHA berjaya kagumkan semua juri dan penonton.
MAFARIKHA berjaya kagumkan semua juri dan penonton.
 ??  ?? ADEM yang berasal dari Republic Kyrgyz menjadi peserta Golden Buzzer juri Jay Park.
ADEM yang berasal dari Republic Kyrgyz menjadi peserta Golden Buzzer juri Jay Park.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia