Harian Metro

‘BABY FACE’ GIAT MENGACARA

- Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan@ hmetro.com.my

Selain Budin lakonan Imuda, Mat Deris (Ahmad Busu), Wan Ismail Golok (Sabri Yunus) dan beberapa nama lagi, Sathia juga antara nadi penggerak sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu yang popular suatu ketika dahulu.

Sathia mencipta populariti selepas Acappan, namun perkara ini tidak lagi menjadi keutamaan kerana zaman kegemilang­an sebagai anak seni sudah puas dikecapiny­a.

Apa yang paling penting buat pelawak berusia 53 tahun ini, rezekinya dalam bidang seni masih ada.

Katanya, tawaran muncul di TV bukan tiada langsung cuma tidak banyak berbanding dulu.

“Saya masih lagi jadi pilihan untuk watak orang India seperti peniaga kedai runcit. Terbaru saya tampil dalam sitkom sebanyak 13 episod yang akan disiarkan menerusi RTM tidak lama lagi,” katanya.

Kini kata Sathia, lakonan hanya sesekali dan jadualnya banyak terarah sebagai pengacara untuk program di kilang.

“Biasanya kerja ini saya buat pada hujung minggu. Ketika sambutan Deepavali, tawaran memang banyak sehinggaka­n saya tak sempat berehat.

“Untuk mengacara pun kena tengok pada bajet kerana kadang-kadang saya berseorang­an. Kalau penganjur mampu, barulah persembaha­n dipakejkan bersama Imuda, Abon,

Jadual Sathia kini

banyak tertumpu di kilang

Angeline Tan dan Mat

Over. Ini adalah konsep 1 Malaysia,” katanya.

Lebih 33 tahun bergelar artis, Sathia lebih senang bergerak sendiri tanpa menggunaka­n khidmat pengurus.

Katanya, dia lebih suka cara ini kerana dapat bertolak ansur mengenai harga. Tambah pula dia tidak pernah demand mengenai harga.

“Saya tak pernah berkira kerana nak tak nak, ini sumber rezeki saya. Dengan rezeki inilah saya menyara keluarga. Sekarang anak sulung berumur 28 tahun sudah berkahwin dan yang kedua sudah 24 tahun, tiada apa lagi saya nak kejar.

“Saya gembira kerana diterima baik oleh semua kaum di negara kita. Ada dalam kalangan kawan artis mengadu yang mereka tiada tawaran langsung, tapi rezeki saya masih ada.

“Saya masih diundang untuk program anjuran masyarakat Melayu dan India. Bahkan ada yang panggil nama saya dengan gelaran ‘Baby Face’ iaitu ayat yang sering saya gunakan ketika berlawak,” katanya.

UKIR SEJARAH PERIBADI

Sepanjang kariernya, Sathia gembira kerana dapat merasai pengalaman bekerja dengan Allahyarha­m Datuk Aziz Sattar, Allahyarha­m Ibrahim Pendek dan rakanrakan dalam Pi Mai Pi Mai Tang Tu.

Katanya, biarpun program itu sudah berlalu dia juga diundang berlakon dengan Senario dan beberapa tahun lalu sebagai juri program Raja Lawak.

“Banyak pencapaian yang saya raih. Antaranya dicalonkan di Anugerah Bintang Popular Berita Harian dan Anugerah Seri Angkasa.

“Saya juga pernah menerima lapan anugerah dalam festival seni anjuran masyarakat India dan menerima anugerah Tokoh Seni Lawak pada 2014,” katanya.

Mengenai istilah Sudah Tukar Ka? yang sering digunakan ketika berlawak, Sathia berkata ia berlaku secara spontan ketika rakaman Pi Mai Pi Mai Tang Tu.

Katanya, mereka dikehendak­i menghafal pantun tetapi apabila sesi rakaman dimulakan dia gementar melihat penonton hingga terlupa dialog.

“Saya sebut pantun yang salah. Apabila dibetulkan pelakon lain, saya keluarkan dialog ini dan ia terus kekal diingati sampai sekarang,” katanya.

 ??  ?? KARAKTER lucu Sathia.
KARAKTER lucu Sathia.
 ??  ?? SATHIA bersama pengarah Chilian Perumal yang membawanya masuk dalam bidang lakonan.
SATHIA bersama pengarah Chilian Perumal yang membawanya masuk dalam bidang lakonan.
 ??  ?? BERSAMA Caca Raja
Lawak.
BERSAMA Caca Raja Lawak.
 ??  ?? BERGANDING dengan pelakon Gopi dalam sebuah drama Tamil.
BERGANDING dengan pelakon Gopi dalam sebuah drama Tamil.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia