Harian Metro

SINOPSIS TV

- TV 3, 12.02 tengah hari CEREKAPILI­HAN: DARI PINTU NERAKA TV 3, 2 petang PANGGUNG AHAD: DIL TV 3, 6.58 petang DAHLIA: MISI LAKSA DAN LAKSAM TV 3, 12.30 tengah malam TV 3 CINEMA: MEN IN BLACK II

Kamal berasal daripada keluarga miskin namun sikapnya angkuh dan tidak boleh ditegur. Sejak kecil, dia suka melakukan kerosakan dan mencuri. Semakin dewasa, perangai Kamal tidak berubah.

Dia semakin ligat dengan aktiviti jenayah meragut di sekitar pekan.

Ibunya tidak pernah berputus asa untuk memberikan nasihat tetapi Kamal selalu naik angin dan melenting. Orang kampung mula menyisih dan menyalahka­n mereka atas kesalahan yang Kamal lakukan.

Kamal bercinta dengan Efah, gadis belasan tahun yang mempunyai masalah keluarga. Kamal yang terdesak mula pecah masuk beberapa rumah di kampungnya. Wang itu digunakan untuk berfoya-foya dengan teman wanitanya.

Walaupun usia ibunya semakin lanjut, dia tetap melakukan pelbagai pekerjaan bagi menyara kehidupan mereka empat beranak termasuk dua lagi anaknya, adik Kamal.

Suatu malam, Kamal pecah masuk satu rumah seorang diri. Perbuatann­ya diketahui tuan rumah dan Kamal ketakutan lalu menikam pemilik rumah itu.

Pelakon: Sheila Rusly, Amar Asyraf, Syafiq Kyle, Shakilla Khoriri dan Nad Zainal Impian Hazari Prasad untuk melihat anak lelakinya, Raja berkahwin dengan wanita kaya. Namun Raja suka menghabisk­an duit ayahnya untuk berhibur.

Suatu hati ketika Raja berjalan ke kolejnya, dia terkena percikan lumpur dari satu jip yang lalu. Dia sangat marah terhadap Madhu, pemandu jip terbabit dan menipu kononnya dia buta.

Pelakon: Anupam Kher, Aamir Khan dan Madhuri Dixit Fiza disahkan menghidap kanser.

Dia berusaha mencari isteri baharu untuk suaminya, Hakimi. Ini supaya suami dan anak mereka, Iskandar serta Fea dijaga dengan baik selepas ketiadaann­ya kelak.

Pelakon: Rita Rudaini, Aqasha, Raysha Rizrose, Umar Harith dan Farzana Latiff Ejen K dibunuh makhluk asing ketika usianya masih muda pada 1969. Kejadian itu menyebabka­n garis masa berubah dan meletakkan bumi dalam bahaya. Ejen J perlu mengembara ke masa lalu untuk menyelamat­kan Ejen K dan seluruh dunia.

Pelakon: Will Smith, Tommy Lee Jones, Josh Brolin, Jemaine Clement, Emma Thompson dan Michael Stuhlbarg

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia