Harian Metro

Peserta hero oven Wajib guna bahan rahsia

-

Program realiti masakan yang mencari jejaka tampan dan pakar manisan berkarisma, Hero Oven, kembali dengan musim kedua menampilka­n 12 jejaka.

Dihoskan Cef Fikree Aznan dan Cef Sarah Samsul Ariffin, Hero Oven turut diserikan dengan kehadiran tetamu undangan selaku juri jemputan seperti Sherry Al Hadad, Lana Nordin, Cef Naem, Sherson, Cef Nazeri dan Cef Jasman.

Pengurus Besar, Kumpulan Pengurusan Jenama dan Rancangan TV3 & TV9 berkata, Siti Nurlisia Mohd Nadzri berkata, untuk musim baharu ini masih mengetenga­hkan kaum Adam secara komersial sebagai pakar manisan.

Katanya, asas dan pengetahua­n mengenai manisan perlu ada untuk menyiapkan pelbagai cabaran di dapur Hero Oven selain penampilan dan keyakinan diri juga sangat penting.

“Mereka juga perlu pandai memikat hati juri dan penonton kerana matlamat kami ialah berjaya melahirkan seorang pakar manisan yang berkarisma di penghujung program nanti,” katanya.

Ia bakal bersiaran selama 13 episod setiap Ahad, jam 11.30 pagi bermula esok di TV3. Peserta dibahagika­n kepada empat kumpulan dan enam peserta akan bertanding pada setiap episod selama empat minggu (episod 3 - 6).

Mereka dikehendak­i menyediaka­n manisan dalam dua cabaran iaitu cabaran teknikal dan cabaran kreativiti. Cabaran teknikal menguji kemahiran setiap peserta untuk menghasilk­an semula pastri yang paling mirip dengan pastri asal. Selain itu, mereka juga wajib menggunaka­n satu bahan rahsia yang ditetapkan dalam cabaran kreativiti.

Antara yang perlu disediakan adalah makarun, kek opera, kuih-kuih tradisiona­l dan petit fours. Semuanya perlu disediakan mengikut tempoh masa yang ditetapkan.

Hanya enam peserta terbaik akan bertanding di peringkat separuh akhir. Episod akhir bakal bersiaran selama satu jam menampilka­n empat peserta terbaik (Top 4) dan perlu menyediaka­n tiga jenis manisan mengikut tema diberikan.

 ??  ?? SHERRY sebagai tetamu
khas.
SHERRY sebagai tetamu khas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia