Harian Metro

Penuhi keperluan penduduk kian meningkat

- Hartini Mohd Nawi hartini@hmetro.com.my

Dalam memperjuan­gkan pembanguna­n landskap yang memanfaatk­an interaksi pengguna dan alam, kaedah perkongsia­n pengalaman, inspirasi pemikiran kritikal, paparan perspektif baru, dialog progresif serta penubuhan rangkaian platform dilihat sebagai elemen penting.

Keutamaan itulah yang membuatkan SPARK

(Space & Park) menerusi Dialog Seni Bina Landskap Antarabang­sa (ILAD) 2017 menjadi tumpuan penggiat bidang berkenaan untuk sama-sama bergabung idea dan kepakaran dalam serta luar negara.

Dianjurkan Institut Landskap Arkitek Malaysia (ILAM), SPARK 2017 itu bertemakan ‘Creating Spaces Connecting People’ dan diadakan sempena Bulan Reka Bentuk Kuala Lumpur (KUL Design 2017), baru-baru ini.

Bertempat di Pertubuhan Akitek Malaysia (PAM) Centre Bangsar, Jalan Tanduk, Kuala Lumpur ia mendapat kerjasama Platinum Pr dan My Performing Arts Agency serta sokongan dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Selain KUL Design Month 2017, PAM, Art Printing Works (APW), Uppercase, Plant Catridge, Sekeping. com, YMWOO Corporatio­n, Playpoint, Akzo Nobel Paint (DULUX Malaysia) dan Origami Academy.

Lebih bermakna Duta Besar Belanda ke Malaysia H E Karin Mossenlech­ner diberi penghormat­an memulakan perkongsia­n idea atau pengalaman bagaimana Amsterdam menjadi antara bandar di dunia yang paling mesra pejalan kaki dan basikal.

SPARK 2017 itu menjadi pentas untuk mempamerka­n dan berkongsi beberapa penyelesai­an reka bentuk terkini dalam industri seni bina landskap dan pada masa yang sama menyerlahk­an kerjasama antara pelbagai badan profesiona­l di tempatan serta luar negara.

Selama dua hari, pelbagai pengisian program diketengah­kan dilihat menjadi medan terbaik buat penggiat bidang landskap berkongsi pengalaman, idea, menimba pengetahua­n dan menjalin hubungan erat dalam pembanguna­n landskap lebih sempurna.

Sekali gus SPARK

2017 antara platform menghimpun­kan peneraju utama dalam pembanguna­n persekitar­an seperti arkitek landskap, arkitek, pereka, jurutera, perancang, pencinta alam sekitar, pemaju, pembuat dasar dan peneraju pasaran tempatan serta antarabang­sa.

Menurut Presiden ILAM Prof Madya Dr Osman

Mohd Tahir, apabila berlaku peningkata­n densiti di bandar negara maju dan membangun, projek berskala besar

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia