Harian Metro

TAMAN INSPIRASi PUTERI GUNUNG LEDANG

- Nor Hanisah Kamaruzama­n rencana@hmetro.com.my

Elemen warna, tumbuh-tumbuhan

digunakan sebaik mungkin

Diinspiras­i daripada kisah legenda Puteri Gunung Ledang, taman indah yang terletak di Tangkak, Johor ini menampilka­n kelainan dan keunikan tersendiri.

Taman Mini Ajaib berkeluasa­n 900 meter persegi itu bukan saja disusun dan direka dengan teratur malah, setiap elemen landskap dipilih teliti.

Diwujudkan di atas taman awam Taman Bunga Raya bersebelah­an Masjid JamekTangk­ak,Taman Mini Ajaib ini dibangunka­n hasil cetusan idea Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Dr Hamim Samuri dengan usaha sama Majlis Daerah Tangkak dan Institut Penyelidik­an Hutan Malaysia (FRIM).

Menurut Perancang Bandar dan Desa Zulkifli Sabree, pelbagai elemen yang diterapkan dalam landskap Taman Mini Ajaib menjadi simbol atau perlambang­an bagi kisah legenda Puteri Gunung Ledang.

“Tujuh jubin dengan motif bunga di laluan pintu gerbang mini ini menggambar­kan tujuh dulang hantaran seperti syarat meminang yang disebut dalam kisah legenda itu.

“Selain itu, bagi menterjema­hkan angka tujuh dulang itu kami turut susun letak tujuh pasu bunga di laluan pintu gerbang,” katanya.

Keunikan Taman Mini Ajaib juga terletak pada pemilihan tanaman yang berwarna-warni dan secara tidak langsung menaikkan suasana ceria pada taman berkenaan.

Arkitek Landskap,

Mohd Hanafi Mohd Lazim berkata, pemilihan elemenland­skapdibuat dengan teliti bagi memberi penekanan pada warna dalam landskap berkenaan.

“Elemen landskap lembut membabitka­n

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia