Harian Metro

AMBIL KIRA JUMLAH PENGHUNI

-

Dalam menzahirka­n dekorasi sempurna dan benar-benar menepati keperluan serta cita rasa anda seisi keluarga, setiap ruang perlu tampil selari dengan fungsinya.

Ruang makan antara ruang utama yang sering menjadi tumpuan tetamu dan keluarga.

Reka bentuk meja makan juga penting bagi memastikan kesesuaian­nya dengan ruang berkenaan.

Bilangan penghuni kediaman harus diambil kira bagi membolehka­n semua ahli keluarga mendapat tempat di meja makan.

Anda yang mempunyai keluarga besar pastinya pemilihan meja makan yang meja besar begitu sesuai.

Bagi kediaman yang mempunyai ruang terhad, pemilihan meja bulat besar sangat digalakkan.

Meja makan jenis itu tidak mempunyai sudut dan tidak mengambil ruang yang begitu besar untuk menempatka­nnya.

Malah susun letak meja ini juga sesuai untuk kumpulan kecil selain mudah berkomunik­asi.

Seterusnya meja segi empat pula sesuai bagi ruang yang luas dan mempunyai banyak kerusi.

Ini kerana ia boleh memuatkan lebih ramai tetamu berbanding meja makan yang lain.

Selarikan juga dengan peruntukan bajet anda.

Jika anda mempunyai bajet yang lebih kecil bermakna anda mungkin perlu mempunyai kualiti meja makan yang tidak memakan belanja besar.

Anda juga tidak seharusnya mengabaika­n konsep dekorasi pada ruang itu.

Pemilihan meja makan serasi dengan konsep dekorasi pilihan dilihat mampu meningkatk­an visual keindahan dan nilai estetika pada ruang itu.

Tempatkan meja makan lebih kasual jika ruang dapur berada bersebelah­an ruang makan.

Ia bagi membolehka­n kedua-duanya saling berkaitan dan seing digunakan.

Pada masa sama anda harus memikirkan kekerapan menggunaka­n meja makan sebelum mengambil keputusan untuk membeli perabot itu.

Dalam apa jua keadaan, aspek kualiti meja makan itu sendiri penting supaya ia mudah disesuaika­n dengan situasi termasuk dalam meraikan tetamu.

 ??  ??
 ??  ?? RUANG makan antara ruang utama yang sering menjadi tumpuan tetamu dan keluarga.
RUANG makan antara ruang utama yang sering menjadi tumpuan tetamu dan keluarga.
 ??  ?? BAGI kediaman yang
mempunyai ruang terhad, pemilihan meja bulat besar sangat
digalakkan.
BAGI kediaman yang mempunyai ruang terhad, pemilihan meja bulat besar sangat digalakkan.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia